- JBS Perak
- Hits: 180
PERBINCANGAN PENYELARASAN DAN KERJASAMA PENGANJURAN KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSSM 2024 DAN PENCARIAN BAKAT BAHARU SUKAN OKU ANTARA JBS PERAK, JPN PERAK DAN MAJLIS SUKAN NEGARA
IPOH, 5 Ogos 2024 - Telah berlangsung satu sesi perbincangan diantara pihak Bahagian Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Kanan (Sukan), JBS Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh bersama delegasi dari Sektor Pendidikan Khas, JPN Perak yang diketuai oleh Pn Eni Zanifah Mohd Jaberi, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, JPN Perak bertempat di Aras 3, Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Perak.
*
Tujuan perbincangan ini diadakan adalah bagi menyelaras pelaksanaan program oleh pihak JPN yang akan menggunakan fasiliti di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak dan Stadium Perak, Ipoh bagi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSM 2024 yang dijangka akan dilangsungkan pada 7 hingga 11 Oktober 2024 tidak lama lagi. Turut dibincangkan tentang perancangan kerjasama pelaksanaan Program Pencarian Bakat Sukan OKU yang akan dilaksanakan oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN) pada 16 hingga 18 Oktober 2024.
*
Turut sama hadir dalam perbincangan ini, En. Ahmad Maswan bin Ahmad Fuaad, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas, JPN Perak, En. Mohamad Roslan bin Zainuddin, Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas, JPN Perak, Encik Nor Azam Mohd Noh; Pegawai Penggalakan & Pembangunan Sukan, Encik Mohammad Badry Basir; Pegawai Pembangunan Sukan OKU, Puan Nurul Ain Othman; Ketua Cawangan Penggalakan Sukan, Bahagian Para, MSN dan Encik Mohd Anizam Azizun Abdul Aziz; wakil pihak KOMBES Perak.
#JBSPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
- JBS Perak
- Hits: 180
