BOLA TAMPAR (WANITA) LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH HULU PERAK 2024
GERIK, 3 Ogos 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak dengan kerjasama Kelab Bola Tampar Daerah Gerik telah menganjurkan Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Hulu Perak acara Bola Tampar Wanita bertempat di Dewan Orang Ramai Kuala Rui, Gerik.
Kejohanan ini disertai oleh 12 pasukan yang terdiri daripada komuniti setempat dan agensi-agensi. Pasukan Black Eagle menjuarai pertandingan ini sekaligus membawa pulang sijil penyertaan, medal beserta wang tunai RM500.00, manakala Naib Johan Pasukan Sweet Digs membawa pulang sijil penyertaan, medal dan wang tunai RM300.00 dan pasukan Angsana VC di tempat ketiga membawa pulang sijil penyertaan, medal dan wang tunai RM200.00.
Majlis Penutup disempurnakan oleh Encik Mohamad Shubli bin Saleh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah medal dan sijil penyertaan kepada pasukan diiringi Cikgu Abdullah, Ahli Kelab Bola Tampar Daerah Gerik.
#ligasukankomuniti2024
#bolatampar
#PBSDHuluPerak
#jbsnperak
#KBSMalaysia
#MalaysiaMadani
- JBS Perak
- Hits: 121
