LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH PERAK TENGAH 2024
PARIT, 10 Ogos 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Daerah Perak Tengah serta Majlis Belia Daerah Perak Tengah telah mengadakan Program Liga Sukan Komuniti (LSK) bagi acara Sepak Takraw lelaki.
Pertandingan ini diadakan di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit. Sebanyak 30 pasukan yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, pelajar sekolah dan penggiat sukan Sepak Takraw dalam Daerah Perak Tengah telah menyertai bagi memeriahkan LSK Daerah Perak Tengah pada tahun ini.
Johan telah dimenangi oleh pasukan Kelab PETANDA Seri Iskandar "A" . Naib Johan pula dimenangi oleh pasukan GASTAP "A" manakala, pasukan Gedung Batu "B" ditempat ketiga. Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai beserta medal.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Encik Khairudin Hj Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak merangkap ADUN Kawasan Belanja, diiringi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah – Encik Ahmad Shafiq bin Ahmad Zakari, serta En. Banyamin bin Hj. Rabiee selaku Naib Presiden 1, Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak merangkap Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Daerah Perak Tengah.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada pasukan yang kurang bernasib baik, cuba lagi dipertandingan yang lain.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan Liga Sukan Komuniti bagi Tahun 2024 ini, secara langsung mahu pon secara tidak langsung. Kita jumpa lagi tahun hadapan, InshaaAllah.
Jangan lupa minggu hadapan, acara Bola Tampar Wanita.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#JBSNPerak
#PBSDPerTH
#LSK2024
#RakanMuda
#RakanAktif
#MalaysiaMadani
#PerakSejahtera2030
- JBS Perak
- Hits: 182
