- JBS Perak
- Hits: 114
NUR JANNATON DAN NUR SURAIYA LAYAK KE PARIS 2024 DAN DIRAI SEMPENA PERJUMPAAN KHAS KONTINJEN SUKMA NEGERI PERAK
IPOH, 25 Julai 2024 - Bersempena sesi Perjumpaan Khas Kontinjen SUKMA Negeri Perak yang dilangsungkan bertempat di Dewan MPlace, Hotel MRoof Ipoh baru-baru ini, turut dilangsungkan sesi meraikan atlet Para Negeri Perak yang telah layak mewakili Malaysia secara merit ke Temasya Paralimpik Paris 2024.
*
Sesi keraian dan pemberian sumbangan khas telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak; YB Encik Khairudin Abu Hanipah kepada Cik Nur Jannaton Abdul Jalil yang akan beraksi didalam acara Memanah Compound dan Cik Nur Suraiya Muhamad Zamri yang akan beraksi didalam acara Berbasikal Lebuh Raya dan Trek di Temasya Paralimpik Paris 2024 pada Ogos.
*
Sumbangan khas ini menunjukkan Kerajaan Negeri sentiasa komited dan memberikan sokongan padu kepada atlet yang menunjukkan pencapaian luar biasa mengharumkan nama negeri dan secara langsung dapat memberikan sedikit motivasi kepada kedua-dua atlet ini untuk beraksi dengan lebih cemerlang seterusnya dapat mengharumkan nama Malaysia dan Negeri Perak di persada sukan tertinggi dunia.
*
Turut hadir dalam sesi ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim selaku CDM Kontinjen SUKMA Perak ke Temasya SUKMA XXI Sarawak 2024, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki Mahyudin, Pengarah MSN Perak; Tuan Hj Mazlan Mohamad, Ketua Pegawai Operasi LCDA; Tuan Hj Kusyairi Bostani selaku wakil agensi angkat kontinjen Perak di Sarawak dan Penolong Pengarah Kanan (Sukan) JBS Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
Kredit foto: Majlis Sukan Negeri Perak
#JBSNPERAK
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#SilVerToGoLd
#paralympics2024
- JBS Perak
- Hits: 114
