- JBS Perak
- Hits: 102
KERJASAMA DAN SEMANGAT BERPASUKAN TUNJANG ASAS PEMBENTUKAN TINGKATKAN JATI DIRI ATLET PARA NEGERI PERAK
KAMPAR, 13 Julai 2024 - Sekretariat Kontinjen Para Negeri Perak telah menyediakan pelbagai aktiviti dan merancang program pengisian yang terbaik selama 3 hari berkampung bermula 12 hingga 14 Julai 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kampar bagi memastikan para atlet yang terpilih ke Temasya PARA SUKMA Sarawak XXI 2024 kali ini lebih bersedia dari segi mental, fizikal dengan pembentukan semangat kerjasama berpasukan yang tinggi sebelum berangkat berjuang di bumi Kenyalang pada September ini.
*
Antara pengisian slot yang dikendalikan oleh konsultan bertauliah dilantik sepanjang kem ini berlangsung adalah seperti perkongsian motivasi, LDK Semangat Berpasukan, LDK Pengurusan Pasukan, LDK Pengurusan Atlet dan LDK Sukaneka Aktiviti Berpasukan. Turut hadir memberikan sokongan moral kepada atlet sepanjang kem berlangsung, Penolong Pengarah Kanan (Sukan) JBSN Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh yang juga selaku Ketua Sekretariat Kontinjen ke temasya pada kali ini.
#JBSNPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#SilVerToGoLd
#BelangTarungTigaWarna
#parasukmasarawak2024
- JBS Perak
- Hits: 102
