LAWATAN KE PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) BAGAN SERAI
SEMANGGOL, 3 Julai 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kerian telah mengadakan lawatan ke Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bagan Serai untuk berbincang pelaksanaan Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Menyantuni Warga Emas
Encik Mohamad Sofian Bin Ahmad, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Pejabat Kebajikan Daerah Kerian bersama Encik Rahmat Bin Ali, Timbalan Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bagan Serai dan Penyelia Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) hadir untuk berbincang pelaksanaan ini dengan Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kerian.
PENGARAH JBSN PERAK HADIR PROGRAM MESRA (HARI BERTEMU PELANGGAN NEGERI PERAK)
IPOH, 3 Julai 2024 - Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan diadakan bertujuan memberi ruang kepada rakyat bertemu barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dan ketua jabatan negeri serta daerah bagi menyelesaikan aduan masing-masing.
Hadir dibawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak adalah Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah JBSN Perak.
Dalam program ini, Puan Pengarah turut mengambil kesempatan untuk berbincang dan membentangkan serba sedikit tentang pelaksanaan program Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) kepada YB Khairudin Bin Hj Abu Hanipah, Pengerusi J/K Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak . KJOM bakal diadakan pada 21 Julai 2024 dan dihadiri oleh YB Adam Adli, Timb. Menteri Belia Dan Sukan.
TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) @ SMK MODEL KHAS REDANG PANJANG
SELAMA, 3 Julai 2024- Satu taklimat tentang Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan bersama 70 orang pelajar Tingkatan 3, 4 & 5 SMK Model Khas Redang Panjang. ARPRM merupakan salah satu program dibawah Bahagian Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Program yang diadaptasi daripada The Duke of Edinburgh International Award ini mempunyai 3 peringkat pencapaian iaitu tahap gangsa, perak dan emas. Bagi peserta yang ingin memperolehi pingat tersebut mereka perlu menyelesaikan beberapa elemen seperti khidmat masyarakat, rekreasi fizikal, kemahiran dan penjelajahan lasak mengikut kepada jumlah jam yang ditetapkan sebelum mereka ditauliahkan oleh Badan Operasi yang dilantik.
Bagi Daerah Selama, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama merupakan Badan Operasi dalam membuat penilaian kepada semua peserta yang mengikuti program ini. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Suriati binti Mat Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama. Turut hadir Cik Nurul Fatihah binti Azhar, penerima tunggal Pingat Emas bagi negeri Perak pada tahun 2023. Beliau sempat berkongsi pengalaman beliau dalam mendapatkan pingat gangsa sehingga memperolehi pingat emas.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua dan pihak pengurusan sekolah kerana sudi memberi ruang untuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama berkongsi input berkaitan program-program di bawah KBS. Semoga perkongsian pada hari ini akan dapat meningkatkan lagi motivasi diri para pelajar dan membuka ruang kepada mereka untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.
MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM JELAJAH RAKAN MASJID @ LENGGONG 2024
LENGGONG, 2 Julai 2024 - Dalam memastikan institusi masjid terus memainkan peranan yang besar dalam aspek modal insan, ibadat, ilmu, ekonomi, pentadbiran dan sebagainya, pelbagai usaha telah dibuat dalam mengimarahkan masjid antaranya melalui program yang menekankan penglibatan golongan belia.
Melalui titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang mahu peranan institusi masjid lebih diperluaskan, Pejabat Belia & Sukan Daerah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Pejabat Agama Islam Daerah Lenggong akan melaksanakan Program Jelajah Rakan Masjid@Lenggong 2024 bertempat Di Masjid Nur Hidayah Kg. Temelong pada 27 Julai 2024.
Dalam memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar satu mesyuarat penyelarasan program telah diadakan dan dihadiri oleh agensi yang berkaitan termasuk jawatankuasa masjid. Turut hadir wakil pejabat ADUN Kota Tampan
PERBINCANGAN PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA(SATRIA) - MENYANTUNI WARGA EMAS DAERAH KAMPUNG GAJAH
KG. GAJAH, 3 Julai 2024 - Sifat menyantuni warga emas adalah ciri-ciri yang perlu diterapkan didalam diri setiap insan. Oleh itu, Pejabat Belia dan Sukan Kg Gajah akan menganjurkan program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) bagi menyantuni warga emas yang akan diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kampung Gajah.
Pihak PBSD Kg Gajah mengadakan perjumpaan awal bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang bersesuai bersama penyelia PAWE Kg Gajah - Cik Amira binti Ami Rudin.
En. Budiman bin Idris, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kg. Gajah berkata, program ini adalah bertujuan untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia(KBS) bagi menggalakkan dan melahirkan sukarelawan yang bermutu tinggi didalam pelbagai aspek yang peka dengan keadaan sekeliling.
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) SERTA MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) BILANGAN 2/2024 JBSN PERAK
IPOH, 3 Julai 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) serta Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Bilangan 2/2024 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JBSN Perak. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak.
Puan Nor Azah dalam ucapannya menyatakan kepentingan mesyuarat ini sebagai wadah untuk meningkatkan efisiensi dalam pengurusan aset dan kewangan, serta untuk memastikan pematuhan kepada garis panduan dan peraturan yang ditetapkan.
KEJOHANAN BADMINTON BAWAH 12 TAHUN (PEREMPUAN) MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATANG PADANG TAHUN 2024
BATANG PADANG, 1 Julai 2024 – Telah berlangsung Kejohanan Badminton Bawah 12 Tahun (Perempuan) Majlis Sukan Sekolah Daerah Batang Padang Tahun 2024 bertempat di Kompleks Sukan Tapah(KST). Kejohanan ini disertai oleh 35 buah sekolah rendah dalam daerah Batang Padang. Setiap sekolah dikehendaki menghantar 2 orang wakil untuk menyertai kejohanan ini.
MESYUARAT VERIFIKASI PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN KAWASAN DI KOMPLEKS SUKAN BAGAN DATUK
BAGAN DATUK, 2 JULAI 2024 – En. Mohd Basharul Hafiz bin Saat mempengerusikan Mesyuarat Verifikasi Perkhidmatan Pembersihan Kawasan Di Kompleks Sukan Bagan Datuk. Pihak operator / syarikat Perkhidmatan Pembersihan Kawasan yang telah menjalankan perkhidmatan mereka di Kompleks Sukan Bagan Datuk turut hadir ke mesyuarat tersebut.
Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu dalam skop kerja yang sepatutnya diberikan oleh pihak operator kepada "client". Pihak operator juga diberi ruang untuk mengemukakan maklumbalas terkini berkaitan isu-isu perkhidmatan yang telah berbangkit.
PEMERIKSAAN MENGEJUT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KAMPUNG GAJAH
KG. GAJAH, 02 Julai 2024 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan bersama Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Kg. Gajah bagi mengadakan Pemeriksaan Mengejut AP308 dan AP309.
Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan bersama-sama Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh memeriksa buku daftar surat AM 10, buku dispatch AM109 Pin.3/82, MyPortfolio, fail pentadbiran, Kew.PA-7, stor unit, kotak kunci, buki daftar kunci, kotak server, kad perakam waktu, seterusnya menyemak buku AP308, dan AP309.