IPOH, 22 Jun 2024 - Sebanyak 17 pasukan nasyid berentap bagi merebut kedudukan terbaik dalam Pertandingan Nasyid Kategori Remaja sempena penganjuran Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Perak 2024.
Program yang diadakan julung kali ini mendapat kerjasama yang baik daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
MAJLIS PERASMIAN PESTA RAKAN MUDA MUDI PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
IPOH, 22 Jun 2024 - Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak dibanjiri oleh para peserta dan pengunjung program Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Perak 2024. Seramai 1200 orang pengunjung yang terdiri daripada peserta, belia setempat, dan ibu bapa hadir ke program yang julung kali diadakan ini.
Terdahulu, majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak. Pn. Nor Azah dalam ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi dan NGO yang membantu kelancaran penganjuran program ini. Beliau juga berharap agar para peserta dapat memberikan persembahan terbaik dan beroleh kejayaan yang diimpikan.
Program-program yang dianjurkan sempena Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Perak ini adalah Pertandingan Nasyid, Pertandingan Futsal, Kejohanan Esports, Bengkel Asas Solekan by AyangKamell dan Gerai Jualan oleh usahawan belia.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak , Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT Rakan Muda, Kelab Sukan Elektronik Bandar Hujan, Kelab Futsal Protunas Kinta, para usahawan belia dan semua pihak atas kerjasama menganjurkan Pesta Rakan Muda Mudi Peringkat Negeri Perak.
PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) 2024 PERINGKAT DAERAH KINTA
BATU GAJAH, 20 Jun 2024 – Telah berlangsung Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kinta bagi Tahun 2024 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Batu Gajah, Perak.
Seramai 35 orang Ahli Majlis yang terdiri daripada Exco Majlis Belia Daerah (MBD) Kinta dan Ipoh serta Badan Gabungan MBD dan Agensi Kerajaan yang dilantik telah sama hadir ke persidangan ini. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Zulhisham Bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kinta merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kinta.
Antara objektif Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) ini diadakan adalah untuk membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat serta memperkukuhkan hubungan serta jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak Kerajaan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.
Watikah lantikan sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kinta telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Zulhisham Bin Ahmad Shukori, Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kinta. Setinggi – tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan majlis perundingan tersebut.
SERI MANJUNG, 20 Jun 2024 - Program KLAS Renang Daerah Manjung Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Ku Renang Swimming Academy (KRSA) telah melabuhkan tirainya.
Seramai 40 orang peserta berumur 6 sehingga 12 tahun telah terpilih bagi menyertai program ini dengan keseluruhan 6 sesi bermula 5 Jun 2024 bertempat di Kolam Renang Rumah Kelab Bandar Baru Setia Awan Perdana.
Dengan berakhirnya program ini diharapkan dapat memberi impak yang positif buat anak-anak dengan ilmu yang telah diberikan. Terima kasih buat warga KRSA atas penglibatan dalam perkongsian ilmu.
MESYUARAT PEMBANGUNAN, MESYUARAT PENGURUSAN SERTA MESYUARAT PENGOPERASIAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH
IPOH, 20 Jun 2024 - Tiga mesyuarat penting jabatan iaitu Mesyuarat Pembangunan, Mesyuarat Pengurusan serta Mesyuarat Pengoperasian PBSD telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, yang bertindak sebagai pengerusi.
Semua pegawai yang terdiri daripada barisan pengurusan Jabatan serta semua Ketua Unit dan Pegawai Belia Dan Sukan Daerah dalam negeri Perak telah hadir ke sesi mesyuarat ini. Agenda mesyuarat terdiri daripada beberapa perkara penting, antaranya ialah teguran dan penambahbaikan dalam pengurusan pejabat, maklumbalas mengenai penyelenggaraan pejabat di peringkat daerah, serta dapatan dari audit yang telah dilakukan.
Pada mesyuarat ini juga, pembentangan program-program Jabatan yang akan datang. Antara perkara lain yang dibincangkan termasuk hal-hal teknikal yang berkaitan dengan operasi pejabat bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan setiap aktiviti yang dijalankan.
Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan menyatakan bahawa mesyuarat ini adalah penting dalam menetapkan landasan pembangunan serta pengurusan yang lebih baik dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dalam bidang belia dan sukan. Beliau juga mengharapkan agar setiap cadangan dan keputusan yang dibuat dapat memberi impak positif kepada perkembangan dan pembangunan belia dan sukan di negeri Perak.
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2024/2025
BAGAN DATUK, 19 Jun 2024 - Telah berlangsung Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Bagan Datuk Tahun 2024 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk.
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Bagan Datuk ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohd. Muhsin Hanis bin Shaharuddin, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) mewakili YBrs En Mohamad Gophran bin Yeop Hamzah, Pegawai Daerah dan Tanah Bagan Datuk. Majlis ini melibatkan lebih kurang 45 orang yang terdiri daripada 19 Agensi, Majlis Belia daerah Bagan Datuk dan Persatuan Belia daerah Bagan Datuk.
MPBN Peringkat Daerah Bagan Datuk Tahun 2024 telah membawa 6 usul yang di bentangkan oleh Adun Belia Hutan Melintang, Adun Belia Rungkup, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Bagan Datuk, YDP GPMS Kawasan Bagan Datuk, AJK MAYC Kawasan Bagan Datuk dan NYDP Majlis Belia Daerah Bagan Datuk.
Semoga segala usul yang dibahaskan dapat memberikan maafaat kepada belia - belia di daerah Bagan Datuk. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Jumpa di persidangan akan datang.
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK BULAN JUN 2024
IPOH, 20 Jun 2024 - Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, mempengerusikan Perhimpunan Bulanan yang diadakan di Bilik Seminar Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak hari ini.
Perhimpunan ini bertujuan untuk menyampaikan amanat Pengarah mengenai pengoperasian pejabat, serta penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan kepada mereka yang berjaya mencapai prestasi cemerlang dalam tugas mereka.
Selain itu, perhimpunan juga turut menyediakan taklimat keselamatan berkaitan Kebakaran yang disampaikan oleh wakil dari Akademi Keselamatan Kebakaran. Taklimat ini memberi penekanan kepada langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil dalam menghadapi kemungkinan kebakaran di tempat kerja serta di rumah.
Pn. Nor Azah menekankan pentingnya kepatuhan terhadap prosedur keselamatan bagi memastikan keselamatan semua pekerja dan pengunjung di premis Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak dan Pejabat-pejabat Belia Dan Sukan Daerah terjamin.
Perhimpunan bulanan ini dihadiri oleh semua kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak serta merupakan platform penting untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan di dalam kalangan kakitangan.
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA 2024 DAERAH LENGGONG
LENGGONG, 19 Jun 2024 - Dalam memacu pembangunan belia setempat telah berlangsung satu persidangan yang memberi fokus kepada aspek pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan, pendidikan, pembangunan sosial dan lain-lain melalui Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Daerah Lenggong 2024.
Program anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Lenggong serta Majlis Belia Daerah Lenggong ini telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah. MPBN Lenggong telah dihadiri oleh seramai 40 orang ahli MPBN mewakili agensi kerajaan yang dilantik, Exco MBD dan juga beberapa badan gabungan MBD Lenggong. Program dimulakan dengan ucaptama yang telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohd Noor Azam Bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara 2024 Daerah Lenggong.
PERBINCANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA DAERAH PERAK TENGAH
SERI ISKANDAR, 10 Jun 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah (PBSD) bersama Majlis Belia Daerah Perak Tengah (MBD) telah mengadakan sesi perbincangan bagi melaksanakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Daerah Perak Tengah Tahun 2024.
Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh Encik Ahmad Syafiq bin Ahmad Zakari, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Puan Noraziera binti Madzadlan, selaku pegawai projek (Unit Belia), Saudara Ahmad Khairul Syawal bin Nikman, selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah dan wakil badan gabungan MBD.
Perbincangan ini telah memutuskan beberapa perkara penting berkaitan pelaksanaan program seperti, tarikh, masa dan tempat serta beberapa usul yang akan dimaklumkan kepada Tuan Pegawai Daerah, selaku Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Daerah Perak Tengah untuk dipertimbangkan. Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan.