PRA MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KINTA
IPOH, 5 Jun 2024 – Telah berlangsung sesi perbincangan bersama Majlis Belia Daerah Ipoh dan Majlis Belia Daerah Kinta bagi membincangkan usul dan hal-hal berkaitan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kinta.
Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohammad Izwan Bin Rojehan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta. Taklimat berkaitan perjalanan Majlis Perundingan Belia turut disampaikan oleh pegawai projek iaitu Encik Mohammad Azri Bin Md Zukei. Perbincangan berkaitan usul, perjalanan program dan pecahan tugasan diberikan bagi memastikan segalanya berjalan lancar pada majlis tersebut yang akan berlangsung pada 20 Jun akan datang.
#JBSNPerak
#PBSDKinta
#MBDIpoh
#MBDKinta
#MPBN
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 120
