SEMARAK HARI BELIA PERINGKAT DAERAH SUNGAI SIPUT (U) 2024
SG. SIPUT (U), 15 Mei 2024 - Program Semarak Hari Belia Negara 2024 Peringkat Daerah Sungai Siput (U) telah diadakan di Kolej Komuniti Sungai Siput. Program ini diadakan serentak seluruh Malaysia bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Belia Negara 2024 di peringkat akar umbi.
Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti Bacaan Ikrar Hari Belia, Senam Cergas Semarak HBN, Ceramah Dari PDRM, Tayangan Filem, Explorace / I-Raccer bertemakan kenali Kolej Komuniti Sungai Siput dan Kenegaraan, Karnival dan Pameran Inovasi serta Karnival Keusahawanan.
Seramai 220 orang peserta yang terdiri dari pelajar Kolej Komuniti Sungai Siput dan Pelajar SMK Toh Muda Abdul Aziz serta barisan Exco Majlis Belia Daerah Sungai Siput telah terlibat secara langsung dalam program ini.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Suresh A/L Surianarayanan, wakil YB Ahli Parlimen merangkap Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Tuan Kesavan A/L Subramaniam. Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Ahmad Rizal Bin Omar, Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput serta Encik Muhammad Ariff Zaky Bin Dato'Haji Mohd Zolkafly, Pengerusi Majlis Belia Daerah Sungai Siput (U).
#JBSNegara
#TeamJBSPerak
#PBSDSSU
#MBDSSU
#MalaysiaMadani
#HBNPerak2024
#YakinBoleh
- JBS Perak
- Hits: 120
