KEJOHANAN SKUASY MSSD HILIR PERAK 2024
SERI ISKANDAR, 23 Mei 2024 - Pejabat Belia dan Sukan Hilir Perak menerima jemputan untuk merasmikan Kejohanan Skuasy MSSD Hilir Perak 2024 yang berlangsung Universiti Teknologi Petronas semalam. Kejohanan telah dirasmikan oleh Pn. Nor Farahin binti Anwar @ Anuar, Pegawai Belia dan Sukan daerah.
Dimaklumkan tahun ini terdapat jumlah peningkatan penyertaan sukan skuasy dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah Hilir Perak bagi kategori Lelaki dan Perempuan B12, B15 dan B18.
Tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Teknik Pembangunan Sukan Skuasy Hilir Perak atas perlaksanaan program. Turut hadir bersama-sama dalam majlis penutup ialah En. Nor Hafiz bin Asfar, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid Daerah Hilir Perak.
Kepada atlet-atlet yang berjaya tahniah diucapkan manakala tidak berjaya, masih boleh berusaha dengan lebih baik. Teruskan semangat dalam bidang skuasy agar boleh lebih cemerlang satu hari nanti.
#TeamJBSPerak
#MalaysiaMADANI
#pbsdhiper
- JBS Perak
- Hits: 131
