- JBS Perak
- Hits: 102
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT ZON TENGAH 2024
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT ZON TENGAH 2024
KUALA LUMPUR, 9 Jun 2024 - Telah berlangsung majlis perasmian penutup Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) peringkat Zon Tengah bagi tahun 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Majlis yang dijayakan pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran En. Mohd Nizam Bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai perasminya. Turut hadir, Pn. Azura Bt Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor dan En. Mohd Halifi Bin Ab Hamid mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak.
Kursus yang bermula pada 7 Jun 2024 dan berakhir pada hari ini telah disertai oleh seramai 50 orang pemimpin ARPRM dari Zon Tengah, merangkumi wilayah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Perak. Mereka telah menjalani pelbagai aktiviti dan pembelajaran bagi memperkasa kemahiran kepimpinan dan memperluaskan kemahiran dalam melahirkan belia yang berketerampilan dalam program ARPRM diperingkat masing-masing.
Dengan penutupan kursus ini, diharapkan para pemimpin dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam menerajui pelbagai inisiatif dan program di peringkat masing-masing. Ini sejajar dengan hasrat untuk membentuk generasi muda yang berdaya saing dan berkesan dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat.
#JBSNPerak
#RakanMuda
#RakanDemokrasi
#RakanMahir
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 102
