JBS PERAK KENDALI UKJK AMBILAN SPA PERAK
IPOH, 12 Jun 2024 - Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, seramai hampir 100 orang calon telah hadir bagi menjalani sesi hari pertama Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi ambilan perjawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak yang dikendalikan oleh pasukan panel penguji dari JBS Perak.
*
Sesi UKJK yang dijadualkan selama 3 hari iaitu pada 12,13 dan 19 Jun 2024 bertujuan bagi menilai dan menapis calon yang terbaik bagi mengisi perjawatan yang ditawarkan oleh pihak SPA Perak untuk tahun 2024.
*
Pada sesi ujian pada kali ini, hanya 3 komponen utama dinilai dan diuji iaitu komponen jisim berat badan (BMI), kekuatan (Genggaman Tangan) dan daya tahan otot (Ujian Larian Bleep 20m ulang alik).
*
Seramai 8 orang penguji dan seorang ketua penguji yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan (Sukan) JBS Perak; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh telah dipertanggungjawabkan mengendalikan sesi UKJK pada kali ini. Selamat maju jaya kepada semua calon!
- JBS Perak
- Hits: 148
