- JBS Perak
- Hits: 122
JBS PERAK HADIR PERLAWANAN PEMBUKA TIRAI LIGA SUPER MALAYSIA MUSIM 2024/2025 DI STADIUM IPOH
JBS PERAK HADIR PERLAWANAN PEMBUKA TIRAI LIGA SUPER MALAYSIA MUSIM 2024/2025 DI STADIUM IPOH
IPOH, 18 Mei 2024 - JBS Perak telah dijemput untuk bersama-sama menghadiri perlawanan pertama pembuka tirai ditempat sendiri bertempat di Stadium Ipoh, Perak bagi perlawanan diantara pasukan Perak FC bertemu PDRM FC.
*
Sepanjang perlawanan yang dihadiri hampir 11,000 orang penyokong dan peminat setia pasukan dengan julukan The Bos Gaurus, para pemain anak buah Jurulatih Yusri Che Lah itu telah mempamerkan permainan yang baik dan penuh semangat walaupun akhirnya terpaksa juga akur menerima kekalahan pertama ditempat sendiri 2-3 hasil daripada gol lewat pasukan pelawat di minit akhir perlawanan.
*
Terdahulu, perlawanan tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak; YB Encik Khairudin Abu Hanipah. Turut hadir mewakili Pengarah JBS Perak, Penolong Pengarah Kanan Sukan; Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
*
Ayuh Seladang!! Ayuh Bangkit!!
- JBS Perak
- Hits: 122
