PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG
TAPAH, 15 Mei 2024 - Sempena Sambutan Hari Belia Negara, Program Semarak Hari Belia Negara 2024 Peringkat Daerah Batang Padang telah diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Tingkatan Enam Tapah.
Pelbagai aktiviti Yang diadakan seperti Bacaan Ikrar Hari Belia, Aktiviti Perhimpunan Antarabangsa (UNGA). Program UNGA telah melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam yang memperagakan pakaian dan tradisi negara-negara yang dipilih.
Program ini turut mendapat Kerjasama dari pelbagai agensi antaranya Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Daerah Batang Padang, Kolej Komuniti Tapah, Bank Rakyat dan lain-lain lagi. Seramai, 214 orang belia setempat dan Pelajar Kolej Tingkatan Enam Tapah telah hadir dan terlibat secara langsung.
Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh YB Hj Ishsam bin Shahruddin (ADUN Ayer Kuning). Turut hadir bersama adalah YB Choong Shin Heng (ADUN Chenderiang), Pegawai Daerah Batang Padang, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua Kolej, Pengerusi MBD, Pegawai Belia dan Sukan bersama kakitangan.
#PBSDBatangPadang
#HBNPerak
#JBSNPerak
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 92
