- JBS Perak
- Hits: 114
PERMOHONAN MENUBUHKAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA (SRM) IPT DI POLITEKNIK BAGAN DATUK
PERMOHONAN MENUBUHKAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA (SRM) IPT DI POLITEKNIK BAGAN DATUK
IPOH, 2 April 2024 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Perak telah dikunjungi oleh Sdr. Haziq, daripada Politeknik Bagan Datuk yang hadir dengan tujuan untuk mewujudkan SRM IPT di sana.
Pihak Jabatan turut difahamkan SRM IPT Politeknik Bagan Datuk ini bakal menjadi pelopor kepada pengwujudan kelab-kelab untuk aktiviti pelajar yang lain. Hal ini kerana, Politeknik Bagan Datuk baru saja beroperasi pada Disember 2023.
Adalah diharapkan dengan wujudnya SRM IPT di Politeknik Bagan Datuk, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat dipergiatkan dikalangan pelajar melalui pelaksanaan program-program 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
#RakanMuda
#SRMIPT
#PoliteknikBaganDatuk
#JBSNegara
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 114
