PERBINCANGAN DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN 2024
ULU KINTA, 12 Mac 2024 - Satu pertemuan telah diadakan diantara Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak bersama pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta bagi berbincang dengan lebih lanjut tentang pelaksanaan program Rakan Muda Ramadan 2024.
Menjelang program Rakan Muda Ramadan 2024, pelbagai aktiviti kerohanian telah dirangka kepada golongan remaja seperti tadarus dan khatam Al-Quran, pertandingan azan dan iqamat, gotong-royong memasak bubur lambuk serta edaran bubur lambuk dan majlis berbuka puasa.
Melalui pertemuan bersama pihak masjid, tinjauan lokasi pelaksanaan program turut diadakan seperti ruang bagi majlis tadarus dan khatam, lokasi memasak bubur lambuk serta lokasi majlis berbuka puasa.
#TeamJBSPerak
#RakanMuda
#RakanEkspresi
#JBSNegara
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 103
