- JBS Perak
- Hits: 139
PERBINCANGAN PERLAKSANAAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI NOBLE SCHOOL OF ENGINEERING
PERBINCANGAN PERLAKSANAAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DI NOBLE SCHOOL OF ENGINEERING
TAIPING, 26 Februari 2024 – Satu perbincangan dua hala telah diadakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang bersama rakan strategik, Noble School of Engineering bagi membincangkan perlaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di kampus tersebut.
Sesi penerangan telah diberikan oleh Pn. Syahirah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang kepada pihak pengurusan Noble School of Engineering yang diketuai oleh En. Nazrin bin Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Noble School of Engineering.
Pelaksanaan program ini disambut baik oleh kedua-dua pihak agar dapat memberikan nilai tambah kepada pelajar dalam mencungkil potensi diri mereka melalui pendekatan yang holistik.
#pbsdlarutmatang
#jbsnbersama
#jbsperak
#kbsmalaysia
- JBS Perak
- Hits: 139
