MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI DI MASJID DALAM DAERAH MUALLIM
SLIM RIVER, 18 Mac 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti di Masjid dalam Daerah Muallim yang dipengerusikan oleh Orang Besar Jajahan Daerah Muallim - YDH. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad, bersama agensi-agensi daerah yang terlibat telah diadakan bertempat di Pejabat Pentadbiran Agama Islam daerah Muallim.
Sesi perbincangan melibatkan perancangan dan rangkaan program yang boleh dikolabrasikan bersama antara Pejabat Pentadbiran Agama Islam daerah Muallim serta jawatankuasa masjid sekitar daerah Muallim dalam mengaktifkan dan mengimarahkan masjid bakal disusun dan dirancang untuk belia setempat.
Pegawai belia turut berkongsi pandangan bagi menjalankan program dakwah kepada belia-belia setempat disamping mengimarahkan masjid- masjid melalui aktiviti-aktiviti belia yang bersesuaian.
Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan daerah Muallim - Puan Siti Nurbaya bt Zambri bersama Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muallim - En Abdul Aziz bin Abu Bakar, Pegawai Tadbir Agama Daerah Muallim - Encik Mohd Khairusy Syakirin bin Arifen.
#JBSNegara
#TeamJBSPerak
#PBSDMuallim
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 125
