PROGRAM LATIHAN PUSAT PARA POWERLIFTING NEGERI PERAK SIRI 1/2024
IPOH, 3 MAC 2024 - Pada 2 hingga 3 Mac 2024 telah berlangsung Program Latihan Pusat Para Powerlifting Negeri Perak Siri 1 /2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Perak melibatkan peserta dari Atlet Para Sukma Negeri Perak acara Para Powerlifting.
Program yang dilaksanakan pada siri ini melibatkan Latihan Beban sebanyak 3 sesi latihan iaitu 1 sesi di Gimnasium Pusat Latihan Para Powerlifting Negeri Perak, Tambun dan 2 sesi latihan di Gimnasium KOMBES Negeri Perak,Ipoh. Pada siri kali ini juga, atlet diberi pendedahan dan ceramah berkaitan Nutrisi Sukan oleh Encik Shanker Retinam dari Go Sport Ventures mantan Pakar Nutrisi Majlis Sukan Negeri Perak dan Sesi Motivasi : Minda Juara oleh Ketua Jurulatih Pasukan, Encik Freddy Yam.
Temasya Para Sukma Sarawak 2024 yang bakal berlangsung pada September tahun ini merupakan salah satu 'gelanggang utama' Atlet Para Sukma Negeri Perak acara Para Powerlifiting mempamerkan pencapaian sebenar hasil latihan intensif dan usaha tidak berbelah bahagi demi menaikkan nama Negeri Perak. PERAK BOLEH!
- JBS Perak
- Hits: 128
