SUKARELAWAN SATRIA TURUN PADANG MEMBANTU KELANCARAN MAJLIS BERKHATAN PERDANA
ULU KINTA, 13 Februari 2024 - Seramai 13 orang Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) 'turun padang' untuk membantu kelancaran Majlis Berkhatan Perdana bertempat di Masjid Batu 8, Ulu Kinta.
Penglibatan para sukarelawan ini telah diselaraskan oleh Unit Pembangunan Kesukarelawanan dan Komuniti, JBSN Perak yang diketuai oleh Pn. Maizatul Akmam Bt Adam.
Seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak komuniti setempat telah selamat dikhatankan oleh Pegawai Perubatan terlatih yang didatangkan khas dari Hospital Ar-Ridzuan, Ipoh.
Semoga anak-anak yang telah menjalani prosedur khatan ini berjaya mengharungi tempoh 'berpantang' dan sihat sejahtera hendaknya.
#TeamJBSPerak
#RakanMuda
#SukarelawanSATRIA
#PerakSejahtera2030
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 102
