- JBS Perak
- Hits: 94
LAWATAN TAPAK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM MOBILISASI SATRIA - MENYANTUNI KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH KINTA
CHEMOR, 27 Jun 2024 – Telah berlangsung lawatan tapak bagi tujuan pemilihan lokasi untuk melaksanakan Program Mobilisasi SATRIA- Menyantuni Kanak-kanak Peringkat Daerah Kinta Tahun 2024.
Program ini bakal dilaksanakan pada bulan Julai 2024. Sesi lawatan tapak ini telah dihadiri oleh En Muhammad Azri Bin Md Zukei, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah, En Mohamad Shafiq wakil dari Majlis Belia Daerah Kinta dan Puan Aisyah Abyana Loh, Pegawai Penyelaras bagi program tersebut.
Lokasi yang bakal dipilih untuk melaksanakan program tersebut adalah di Pusat Jagaan Budi Mulia Nurul Huda, Chemor, Perak. Pusat ini juga merupakan pusat yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak.
Lawatan ini diterima baik oleh pihak pengurusan pusat jagaan tersebut dan juga dibawa untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik fasiliti dan keadaan pusat tersebut.
#PBSDKinta
#MobilisasiSATRIA
#RakanPrihatin
#JBSNPerak
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 94
