PROGRAM AKTIF @ SUKAN TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI PERAK 2023
IPOH, 27 Mei 2023 - Usaha untuk memperkasakan sukan tradisional terus diperhebatkan melalui penganjuran Program Aktif @ Sukan Tradisional Peringkat Negeri Perak 2023. Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama agensi seperti KEMAS, MAKSAK Negeri Perak, Majlis Perbandaran Taiping, Kelab Kecergasan Lingcak, Majlis Belia Hindu Negeri Perak dan Persatuan Para Tenpin Boling Negeri Perak.
Antara acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Pertandingan Menyumpit, Batu Seremban, Sepak Raga Bulatan, Pecah Periuk dan Sukaneka OKU.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini dan tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Moh kita terus sihat dan cergas bersama. Perak Sejahtera 2030.!!
- JBS Perak
- Hits: 119
