- JBS Perak
- Hits: 125
PERHIMPUNAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN BESERTA MAJLIS JASAMU DIKENANG JBSN PERAK (PERTUKARAN KELUAR PEGAWAI)
IPOH, 5 Mei 2023 - Telah berlangsung satu program perhimpunan pegawai dan kakitangan bertempat di Bilik Seminar, KOMBES Ipoh. Turut disekalikan dalam aturcara adalah Majlis Jasamu Dikenang yang melibatkan pertukaran 2 orang pegawai dari JBSN Perak iaitu YBrs. En. Mohd Soufi Bin Ibrahim, Pengarah JBSN Perak (bertukar ke IKTBN Bachok) dan En. Mohd Shahrin Bin Zakaria, Pegawai Unit Pembangunan Rekreasi JBSN Perak (bertukar ke IKBN Seri Iskandar).
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada En. Munir Bin Aliyasak, Timb. Pengarah JBSN Perak dan disusuli oleh ucapan En. Mohd Soufi Bin Ibrahim serta En. Mohd Shahrin Bin Zakaria.
Pihak Jabatan merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat En. Mohd Soufi dan En. Mohd Shahrin atas perkhidmatan yang baik sepanjang bertugas di JBSN Perak.
"Jika ada sumur diladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi."
#TeamJBSPerak
#JBSNegara
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 125
