MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL. 2/2023 BAGI JBSN PERAK
IPOH, 27 Mac 2023 - Telah berlangsung Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 2/2023 bagi Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBS Perak.
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan sebuah medium dua hala iaitu pihak pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak dan dihadiri oleh wakil-wakil pekerja yang mewakili skim masing-masing.
- JBS Perak
- Hits: 121
