- JBS Perak
- Hits: 144
MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF KEPADA KONTINJEN PARA SUKMA NEGERI PERAK SEMPENA PARA SUKMA XX MSN 2022
Ipoh, 5 Januari 2023 - Tahniah buat wira dan wirawati negeri Perak yang diraikan di Majlis Penyerahan Insentif kepada Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak sempena Para SUKMA XX MSN 2022. Bertempat di MH Hotel Ipoh Perak, Majlis yang penuh meriah ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad Menteri Besar Perak.
Hadir bersama majlis ini YB Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin Pegawai Kewangan Negeri Perak, YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan ketua-ketua jabatan.
Majlis ini diadakan bagi meraikan dan sebagai tanda penghargaan serta pengiktirafan kepada Kontinjen negeri Perak yang telah berjaya memenangi 25 pingat emas menepati sasaran yang ditetapkan. Penghargaan turut diberikan kepada jurulatih, pengurus pasukan serta agensi-agensi yang bersama-sama membantu kejayaan Kontinjen Negeri Perak.
Segalanya demi negeri Perak.!
- JBS Perak
- Hits: 144
