16 Sept. 2022 - Sempena Hari Sukan Negara 2022 yang bakal diraikan pada bulan Oktober nanti dan sambutan Hari Malaysia 2022, Persatuan Olahraga Masters Perak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menganjurkan Kledang Hill Run 2022. Seramai 150 orang peserta telah menyertai program yang buat julung kali diadakan bersama ini. Moh orang Perak..Moh Keluarga Malaysia kita sama-sama semarakan sambutan Hari Sukan Negara 2022.!! Keluarga Malaysia sihat dan aktif. Segalanya demi Perak!
Ipoh, 8 Sept. 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana LTdL Peringkat Negeri Perak telah dilaksanakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Khairul Shahril bin Mohamed, Exco Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak
Mesyuarat ini turut dihadiri Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama wakil-wakil Jabatan dan Agensi.
Moh kita semarakan penganjuran Le Tour de Langkawi 2022 Peringkat Negeri Perak dengan sama-sama memeriahkan Penamat Peringkat Ke-4 di Bandar Meru Raya Ipoh pada 14 Oktober 2022 dan Pelepasan Peringkat Ke-5 di Dataran Pavilion Kuala Kangsar pada 15 Oktober 2022.
Muallim, 6 Sept. 2022 - Pemerkasaan golongan wanita merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negara ke arah mendokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) selaras dengan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan bersatu padu. Usaha ini digerakkan melalui pelbagai program antaranya Program Women Health and Wellness Peringkat Negeri Perak 2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim.
Program ini berlangsung meriah dengan disertai seramai 110 orang wanita mewakili pelbagai agensi khususnya ahli-ahli PUSPANITA Daerah Muallim. Tahniah kepada semua peserta yang menyertai program ini yang melibatkan pelbagai pengisian menarik seperti senamrobik, pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan dan bengkel penampilan diri.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini seperti Majlis Daerah Tanjong Malim, PUSPANITA Daerah Muallim, Pejabat Tanah dan Daerah Muallim, Pejabat Kesihatan Daerah Muallim dan NK Global.
Majlis Penutup Program telah disempurnakan oleh Puan Zuryawati binti Abdul Wahab Pengerusi PUSPANITA Daerah Muallim. Hadir sama ke majlis ini Penolong Pengarah Kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Yang DiPertua Majlis Daerah Tanjong Malim dan Penolong Pegawai Daerah (Tanah).
Taiping, 4 Sept. 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Unit Pembangunan Kepimpinan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi Peringkat Negeri Perak 2022 Siri 2 pada 3 hingga 4 September 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Larut Matang,Perak. Bagi Siri Kali ini melibatkan penyertaan daripada persatuan belia dan kepimpinan tertinggi Institusi-institusi Pengajian yang melibatkan Daerah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Lenggong, Sungai Siput, Perak Tengah Dan Kinta.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan membimbing peserta dalam mengenal urus tadbir pertubuhan belia.
Terdapat 5 modul utama yang telah dipelajari oleh peserta iaitu modul Penulisan & Dokumentasi, Pelaporan dan Penilaian Program, Pengurusan Kewangan, Simulasi Mesyuarat dan Maklumat Yang Kena Diberi (MyKD).
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Munir Bin Aliyasak, Timbalan Pengarah Belia, JBSN Perak.
Diharapkan dengan adanya KPO ini, dapat melatih dan melahirkan golongan belia yang komited dan berani menjadi pemimpin pelapis demi agama, bangsa dan negara !
Bertempat di Kompelks Belia dan Sukan Negeri Perak sesi klasifikasi atlet para siri ke-2 dilaksanakan dengan melibatkan seramai 30 orang atlet daripada sukan olahraga, renang dan badminton. Selain daripada atlet Para SUKMA Negeri Perak, atlet Para SUKMA Pulau Pinang turut hadir bersama menjalani proses klasifikasi ini.
Proses klasifikasi merupakan syarat wajib bagi melayakan atlet menyertai acara yang dipertandingkan di Temasya Para SUKMA nanti. Terima kasih kepada klasifier yang melaksana sesi ini. Terima kasih jua kepada jurulatih, pengurus pasukan dan semua atlet yang hadir.
Moh semarakan semangat Perak Kita Juara. Segalanya Demi Perak.!!
Seramai 700 peserta hadir memeriahkan Program Kayuhan Ambang Merdeka 2022. Program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh ini telah disempurnakan YB Khairul Shahril bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komuniti & Multimedia Negeri Perak. Turut hadir memeriahkan program Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud Datuk Bandar Ipoh, Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama Ketua-Ketua Agensi. Program kayuhan ini berlangsung meriah dengan kerjasama daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Moh bersama-sama kita memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2022 sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang sihat dan cergas. Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Segalanya demi Perak.!!
Malaysia Little League (MiLL) Peringkat Daerah Kinta kini telah membuka tirai. Debaran yang dinantikan telah mula dirasai. Misi mencari pasukan yang terbaik di kalangan yang terbaik telah bermula.!!! Moh kome kita semarakan aktiviti sukan dengan bersama-sama saksikan dan memeriahkan Malaysia Little League Peringkat Daerah Kinta bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan dan Sekolah Kebangsaan Seri Klebang Ipoh Perak. Segalanya demi Perak.!!
KURSUS ASAS REKREASI LUAR (OUTREC) TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI PERAK 2022 Selesai sudah Kursus Asas Rekreasi Luar (Outrec) Tahap 1 Peringkat Negeri Perak 2022 yang berlangsung pada 26 hingga 29 Ogos 2022 di Kem Intan Suraya Sg Siput Perak. Seramai 22 orang peserta telah terlibat dalam kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Mendaki Negeri Perak dan Persatuan Kenu Negeri Perak. Hadir merasmikan majlis penutup dan penyampaian sijil Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menjalani kursus ini dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan jurulatih dan urusetia yang telah menjayakan kursus ini. Semoga kursus ini dapat membantu memperkasakan pembangunan sukan rekreasi di negeri Perak dan seterusnya melahirkan penggiat-penggiat sukan rekreasi yang bertauliah. Segalanya demi Perak.!!
PELAKSANAAN AKTIVITI 2- PROGRAM REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI PERAK 27 OGOS 2022 - Seramai 10 orang peserta Program Reben Kuning Negeri Perak bersama 23 pelajar dari Kolaj Sri Ayu Kampar telah menyertai Progam Urban Farming dikendalikan oleh Pegawai Jabatan Pertanian Kinta. Peserta telah diajar dan diberi penerangan bagi penanaman dan penjagaan tanaman fertigasi yang betul. Manakala aktiviti sukan dan rekreasi berkayak diteruskan bagi pengisian program di sebelah petang pula dikendalikan oleh Encik Zulhelmi dari PBSD Kampar. Kawalan keselamatan bagi peserta program di kawal selia oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kampar.