Seramai 50 orang atlet Para SUKMA Negeri Perak hadir memeriahkan Majlis Jalinan Mesra YAB Menteri Besar Perak Bersama Golongan OKU Negeri Perak 2022. Majlis ini telah diadakan di Arena Square Batu Gajah Perak dengan melibatkan seramai 600 orang tetamu yang terdiri daripada golongan OKU dan wakil-wakil agensi kerajaan. Terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Perak yang sentiasa prihatin terhadap golongan OKU khususnya atlet Para SUKMA Negeri Perak. Tahniah juga diucapkan kepada Encik Muhammad Danial bin Azli Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tindakan OKU Negeri Perak yang bertanggungjawab menggerakkan pelaksanaan dasar dan inisiatif mesra ke arah memperkasakan OKU di negeri Perak selaras dengan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030. Perak Makmur Rakyat Sejahtera.! Segalanya demi Perak.!!
- JBS Perak
- Hits: 197
