TELUK INTAN, 05 APRIL 2021 – Kehadiran Pegawai Aset Alih dari Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah Pn Zurina binti Mohd Rashid – Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Pn Norfitri binti Ibrahim – Ketua Cawangan Pengurusan Konsultasi bagi membantu pelupusan aset di daerah Hilir Perak.Turut membantu En. Mohd Ibrahim bin Mohamad Yussop dan Puan Noor Asura bt Ishak. Proses pemeriksaan item / aset yang akan dilupuskan.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH HILIR PERAK
TAIPING, 29 MAC 2021- Bertempat di Hotel Taiping Perdana, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Ke-7 Persatuan Olahraga Daerah Larut Matang & Selama (Baru) yang telah diadakan pada 27 Mac 2021(Sabtu).
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Hj.Ahmad Salimin bin Ahmad Shaffie Ketua UMNO Bahagian Taiping merangkap Penaung Persatuan Olahraga Daerah Larut Matang & Selama (Baru). Turut hadir sama majlis tersebut ialah Encik Kamaruddin bin Abdul Hamid Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang.
KAMUNTING, 30 MAC 2021- Bertempat di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Larut Matang telah berlangsunya Majlis Ramah Mesra YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia Bersama Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu kebesaran Negeri Perak serta ucapan aluan YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan diteruskan dengan sesi dialog bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Majlis ini turut diraikan dengan penyampaian sijil penghargaan Perkhidmatan kepada dua orang pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang telah bersara wajib.
Diakhir majlis YB Timbalan Menteri telah berkenan untuk menanam pokok sebagai gimik lawatan tersebut.
KG GAJAH, 10 APRIL 2021 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah KG Gajah dengan kerjasama Pejabat ADUN Kampung Gajah, Pejabat Daerah Kampung Gajah, JKR Daerah Perak Tengah, Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah, agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Jawatankuasa Penduduk Kampung Chenderung Kelubi Kampung Gajah telah melaksanakan program Myfit @ Luar Bandar Negeri Perak. Program ini melibatkan penyertaan 13 pasukan bagi acara sepak takraw dan 9 pasukan bagi acara bola jaring yang terdiri daripada masyarakat luar bandar khususnya komuniti orang asli.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah dissmpurnakan oleh YB Datuk Dr Wan Norashikin bin Wan Noordin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak. Turut hadir sama Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Encik Fadzil Hadri bin Mohd Nawawi wakil Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Norhisham bin Karno, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kampung Gajah serta pegawai dan wakil jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Semoga jalinan kerjasama di antara jabatan Kerajaan untuk menganjurkan program-program seperti ini akan terus diperkukuhkan demi untuk pembangunan dan kecemerlangan sukan di negeri Perak dan seterusnya mencapai hasrat untuk melahirkan masyarakat berbudaya sukan. Ini juga adalah bukti bahawa Kementerian Belia dan Sukan amat prihatin akan keperluan masyarakat di luar bandar untuk terus menyertai aktiviti sukan dan kecergasan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
IPOH, 8 APRIL 2021 - Sesi Penilaian Kategori Pertubuhan Belia Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2021 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah berlangsung di Mayc Tambun dan Junior Chamber Daerah Kinta. Terima kasih kepada kedua-dua pertubuhan kerana memberi kerjasama dan begitu komited sepanjang sesi penilaian berlangsung. Semoga Berjaya! Belia Kinta Hebat!
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
IPOH, 7 APRIL 2021 - Majlis Pelepasan Pasukan Petanque MSD Kinta Ke Kejohanan Sukan Perak (SUPER) 2021 telah diadakan di Pusat Kokurikukum Kinta Utara. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Meor Hezbullah bin Meor Abd Malik, Pegawai Daerah Kinta merangkap Pengerusi Majlis Sukan Daerah Kinta. Turut berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada Persatuan Sukan yang akan bertanding dalam Sukan Perak (SUPER). 8 persatuan dari sukan petanque, memanah, badminton, sepak takraw, olahraga, bola jaring, karate do dan silat telah menerima bantuan ini. Turut hadir bersama En Tines Kumar A/L M Lingam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta merangkap Setiausaha Majlis Sukan Daerah Kinta. Semoga Team MSD Kinta mencapai kejayaan cemerlang di SUPER 2021.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
IPOH, 05 APRIL 2021 (ISNIN) - Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak Bil. 1/2021 yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Komunikasi Dan Multimedia di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Jawatankuasa tersebut dibentuk sebagai platform untuk hebahan, menyelaras dan memantau program/aktiviti pembangunan Belia dan Sukan yang dilaksanakan oleh KBS, agensi persekutuan dan Kerajaan Negeri.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
IPOH, 2 APRIL 2021 - Lawatan pemantauan Pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi di Kejohanan Lawn Bowl MAKSAK Malaysia 2021 oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama Rakan Muda Sports Bubble Volunteer (RMSBV) bertempat di Arena Lawn Bowl Perak.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK.
IPOH, 31 MAC 2021 (RABU) - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Vaksin (MyVac) KBS MOSTI bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak.
Majlis ini telah dilancarkan serentak seluruh negara oleh YB Menteri Belia Dan Sukan bersama-sama YB Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi secara "online".
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK.