IPOH, 2 APRIL 2021 - Lawatan pemantauan Pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi di Kejohanan Lawn Bowl MAKSAK Malaysia 2021 oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama Rakan Muda Sports Bubble Volunteer (RMSBV) bertempat di Arena Lawn Bowl Perak.
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK.
IPOH, 31 MAC 2021 (RABU) - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Vaksin (MyVac) KBS MOSTI bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak.
Majlis ini telah dilancarkan serentak seluruh negara oleh YB Menteri Belia Dan Sukan bersama-sama YB Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi secara "online".
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK.
TELUK INTAN, 28 MAC 2021 (Ahad) – YB Senator Wan Ahmad Fahysal bin Wan Ahmad Kamal – Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja ke daerah Hilir Perak. YB Senator tiba di Gelanggang Futsal Karentina pada jam 11.30 pagi bagi menyaksikan perlawanan Futsal persahabatan NGO Belia RPA Kerantina. YB Senator turut menyampaikan ucapan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada setiap pasukan dan sumbangan bola futsal kepada Pengerusi NGO Kerantina.
YB Senator kemudiannya menuju ke Rumah Bethany, Hutan Melintang bagi menyantuni atlet Para OKU Kebangsaan yang merupakan sebahagian dari penghuni rumah tersebut. Kehadiran YB Senator disambut oleh YBhg Dato Dr Ketua Pengarah JBSN. YB Senator turut menyampaikan kotak bantuan kepada atlet-atlet tersebut.
.Pada sebelah petangnya YB Senator memenuhi undangan YB Dato’ Zainol Fadzi Hj Paharudin, ADUN Sg Manik bagi menghadiri perlawanan persahabatan bolasepak di Padang Bolasepak Kg Attaduri, Langkap. YB Senator turut menampilkan aksi bertenaga semasa beraksi dengan pasukan Pilihan Anak Muda Langkap menentang Pilihan YB ADUN Sg Manik.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH HILIR PERAK
TELUK INTAN, 28 MAC 2021 (Ahad) –.Rentetan daripada pembukaan sektor sukan dan rekreasi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, operasi premis dan fasiliti sukan adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP Sektor Sukan dan Rekreasi.
Sebahagian daripada agenda lawatan rasmi Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof ke negeri Perak, beberapa lawatan ke premis dan fasiliti sukan dan rekreasi telah diaturkan antaranya ke Anson Sport Centre dan Jesse Jenn Ballet and Arts di Teluk Intan.
Selain itu, rombongan dari Ibu Pejabat JBSN Putrajaya turut dibawa melawat Kompleks Sukan Bagan Datuk, Pusat Latihan Paralimpik di Bethany Home, Pusat Fertigasi Cili di Padang Tembak dan beberapa lokasi di sekitar daerah Hilir Perak.
Turut serta, Encik Mohd Soufi bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Encik Mohamad Syahmi bin Mohamad Anis, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak. Bahagian Pembangunan Sukan diwakili Encik Fadzil Hadri bin Mohd Nawawi.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH HILIR PERAK
BAGAN DATUK, 28 Mac 2021 (Ahad)- Menjadi satu keterujaan ramai pihak terutamanya kakitangan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Pejabat Belia dan Sukan Bagan Datuk apabila Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Ybhg. Dato’ Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof berhasrat untuk mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sukan Bagan Datuk (KSBD).
Hari ini pada jam 10.30 pagi Ybhg.Dato’ Ketua Pengarah telah pun mengadakan satu lawatan kerja ke Kompleks Sukan Bagan Datuk ini dan diiringi oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Ybrs. Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim dan turut hadir Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi Pembangunan Belia,Timbalan Pengarah (Belia) JBS Perak,Jurutera JKR Hilir Perak dan pegawai-pegawai dari JBS Perak.
Ybhg.Dato’ Ketua Pengarah telah diberikan taklimat ringkas oleh pihak kontraktor pembinaan berkaitan dengan kemajuan pembinaan yang dalam proses persiapan terakhir dan dijangka siap pembinaan pada pertengahan Jun atau selewat-lewatnya awal Julai 2021 kelak. Bagi melengkapkan lawatan kerja,beliau juga turut melawat dan memeriksa setiap fasiliti-fasiliti yang ada bagi memastikan setiap yang disediakan dan dibekalkan dalam keadaan yang baik dan sangat memuaskan.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BAGAN DATUK
BAGAN DATUK, 18 Feb 2021- Selaras dengan Misi Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memutuskan rangkaian Pendemik Covid-19 ini yang melanda Negara kita hampir mencecah setahun tiga bulan. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di bawah unit Pembangunan Rakan Muda telah mengambil inisiatif bagi membantu pihak MKN memutuskan rangkainan pendemik ini melalui sector sukan dengan mewujudkan satu program dibawah Rakan Muda iaitu Rakan Muda Sport Bubble Volunteer (RMSBV). Program ini diwujudkan bertujuan untuk melantik sukarelawan bagi memantau dan menasihati mana-mana aktiviti penganjuran sukan bagi melaksanakan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN.Tidak terkecuali di Daerah Bagan Datuk,Program ini telah mendaftarkan seramai 17 orang sukarelawan dan diberikan taklimat secara atas talian yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk dan turut sera dalam taklimat ini Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk.Taklimat ini dibuat bagi menerangkan kepada semua sukarelawan ini tentang peranan dan tugas sebagai sukarelawan sport bubble di vanue sukan yang akan bertugas kelak.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BAGAN DATUK
HILIR PERAK, 25 Mac 2021- Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Bangunan Persekutuan Teluk Intan,telah diadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Lawatan Kerja YB Senator Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara,Kementerian Belia dan Sukan ke daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak.Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak dan turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk.
Lawatan kerja ini akan diadakan pada 28 Mac 2021 (Ahad) bertempat di dua daerah iaitu di Bagan Datuk dan Hilir Perak.Di Bagan Datuk Ybhg.Dato’ Ketua Pengarah akan melawat Tapak Pembinaan Kompleks Sukan Daerah Bagan Datuk yang dijangka siap sepenuhnya pada Jun dan selewatnya awal Julai ini.Seterusnya beliau akan terus ke Bethany Home Hutan Melintang untuk berprogram bersama YB Senator Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan seterusnya akan berprogram di Hilir Perak pada petang ahad tersebut.
Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan menyelaras semua aktiviti dan perjalanan program pada ahad tersebut dengan kerjasama beberapa agensi yang utama iaitu Pejabat Daerah,JKR,MPTI,PKD,Pejabat Agama Daerah dan beberapa agensi yang lain.
DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BAGAN DATUK
KAMUNTING, 13 MAC 2021 – Majlis Belia Daerah Larut Matang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang telah menganjurkan Kursus Asas Pengendalian Radio Amatur Peringkat Daerah. Kursus ini telah di adakan di Kompleks Rakan Muda, Taiping. Sebanyak 30 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut terbuka kepada semua belia-belia di sekitar Daerah Larut Matang.
Antara objektif kursus ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta mempelajari ilmu asas radio amatur dan persedian untuk menghadapi peperiksaan radio amatur.
Majlis penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh Encik Kamaruddin bin Abdul Hamid Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang.
IPOH, 10 Mac 2021 - Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menjayakan Program Kayuhan Ziarah sempena Jelajah BSKM Daerah Kerian. Kayuhan yang diketuai oleh YB Khairul Shahril bin Mohamed, EXCO Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak bersama Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak turut diiringi oleh pemimpin belia setempat serta pegawai-pegawai belia dan sukan.
Kayuhan ini melibatkan jarak 15km sekitar Parit Buntar dan 12km sekitar Bagan Serai. Seramai 10 orang asnaf di Parit Buntar dan 10 orang asnaf di Bagan Serai telah disantuni dan diberikan sumbangan kotak makanan semasa kayuhan ziarah ini. Rombongan kayuhan seramai 10 orang ini juga berkesempatan melawat Pusat Internet Komuniti bagi meninjau aktiviti-aktiviti yang dijalankan disamping beramah mesra bersama usahawan tempatan.
Disediakan Oleh : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak