Pegawai Pemeriksa Aset Jabatan En. Tines Kumar A/L M Lingam dan En. Muhammad Bin Hj Mat Zain telah memulakan lawatan pemeriksaan aset ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (Zon 2), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Lawatan bertujuan menyemak keadaan aset dan memastikan sistem pengurusan aset dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
7 DISEMBER 2020 - Lawatan Pemantauan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ke Tapak Projek Pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk Perak. Turut hadir bersama Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk.
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
5 Disember 2020 (Sabtu) | Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak
Telah berlangsung pelancaran Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Perak 2020. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jab. Belia & Sukan Negeri Perak yang mewakili YB Tn. Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi J/K Belia, Sukan, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak.
Majlis pelancaran telah diadakan secara virtual dan telah disiarkan melalui laman Facebook Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak serta
Setelah selesai majlis pelancaran, Sukarelawan Rakan Muda meneruskan misi menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terjejas di Flat Ashby Road. Terima kasih kepada GEMA Perak dalam inisiatif mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan yang sudi melibatkan diri dalam program ini.
Pihak jabatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran serta program penyampaian sumbangan.
HKBM Peringkat Negeri Perak akan bersambung pada 12 Disember 2020. Di antara program yang telah dirancang adalah penyampaian sumbangan kepada keluarga-keluarga terjejas akibat bencana banjir serta kempen kesedaran Covid-19 (edaran face mask dan hand sanitizer).
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
10 DISEMBER 2020 , -YBhg. En. Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim , Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengadakan Lawatan Kerja singkat ke Pejabat Belia & Sukan Daerah Lenggong.
Dalam lawatan tersebut, beliau yang juga diiringi oleh En. Munir bin Aliyasak, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah diberikan sedikit penerangan tentang serba sedikit latar belakang Daerah Lenggong serta perjalanan pentadbiran pejabat ini oleh Puan Nurul Hanam binti Zabri, (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lenggong.)
Semoga lawatan YBhg. Tuan Pengarah ini akan memberikan semangat dan inspirasi kepada para pegawai dan kakitangan untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam berintegriti.
LAWATAN MENGEJUT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAGAN DATUK
HILIR PERAK-07 DISEMBER 2020 (ISNIN)-Satu lawatan mengejut telah dibuat oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, YBrs Encik Mohd Saufi Mohd Ibrahim dan turut diiringgi Penolong Pengarah (Sukan) ke Pejabat Belia dan Sukan Bagan Datuk.Lawatan ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti setiap pejabat belia di daerah memandangkan Tuan Pengarah baru sahaja berkhidmat di Negeri Perak ini dan bukan sahaja di Bagan Datuk,malah lawatan ini turut di buat di 16 daerah yang lain yang menempatkan pejabat belia. Selain itu lawatan ini juga bertujuan mengenal pasti jika ada masalah yang timbul di peringkat daerah berkaitan pengurusan,program mahupun kebajikan kakitangan pejabat belia dan sukan daerah.
Selain daripada lawatan ke pejabat belia,Tuan Pengarah juga turut mengadakan lawatan tapak pembinaan Kompleks Sukan Daerah Bagan Datuk,memandangkan kompleks sukan ini dijangka siap pada hujung tahun ini atau awal januari 2021 kelak.Lawatan tapak oleh Tuan Pengarah ini diiringi Pegawai Belia dan Sukan Bagan Datuk ,Encik Hafiz Saat dan turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Hilir Perak,Encik Syami Mohamad Anis.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk
LAWATAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK
HILIR PERAK, 07 DISEMBER 2020 (Isnin) – Lawatan Kerja oleh YBrs Tuan Hj Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak diiringi oleh En Mohd Khairol bin Khamis – Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan. Lawatan tersebut meninjau perjalanan pentadbiran pejabat disamping pemeriksaan dokumen-dokumen rasmi berkaitan aset.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak
24 NOVEMBER 2020 - Lawatan Pemantauan Projek Naik Taraf Kemudahan Sukan di DUN Slim oleh Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Pemantauan tirut disertai Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muallim dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batang Padang.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat status kerja naik taraf yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang dilantuk bagi memastikan kerja-kerja dilaksanakan dengan betul mengikut tempoh yang ditetapkan.
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
BAGAN DATUK,07 NOVEMBER 2020 - Program Rakan Muda Day Out (RMDO) Daerah Bagan Datuk telah diadakan (hari ini) bertempat di Perkarangan Restoran Keli King,Batu 13,Hutan Melintang.Bagan Datuk.Program ini anjuran bersama yang melibatkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk,Kelab Gimnastik Generasi Muda Daerah Bagan Datuk,Angkatan Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk,Majlis Belia Daerah Bagan Datuk (penaja),Pejabat Penghulu Hutan Melintang,Kelab Sukan Bermotor Anak Generasi 21 Bagan Datuk dan Pejabat ADUN Hutan Melintang.
Program yang dirasmikan oleh ADUN Hutan Melintang,Datuk Haji Khairuddin bin Tarmizi ini melibatkan seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada komuniti setempat memandangkan dalam faktor pendemik Covid-19 ini.Program ini berlangsung secara santai dan semestinya menitik beratkan SOP bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang tidak diingini.
Antara aktivit-aktiviti yang dijalankan ialah agihan barangan asas keperluan kepada 20 asnaf ,dan 1 pusat tahfiz yang terjejas sepanjang pendemik Covid-19 ini,bacaan yaasin dan tahlil,hebahan SOP Covid-19,edaran kit Covid-19 dan cabutan bertuah.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk
BAGAN DATUK, 07 NOVEMBER 2020 - Bertempat di Restoran Keli King,Bagan Datuk,pada jam 5.00 petang telah berlangsung satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Kelab Rakan Muda Parlimen Bagan Datuk. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk, Encik Basharul Hafiz Saat.Kelab ini bakal diaktifkan semula ini kerana belia-belia di daerah ini merancang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi mengerakkan dan memperkasakan Rakan Muda didaerah Bagan Datuk pada tahun 2021 kelak.Kelab ini melibatkan ahli yang terdiri daripada likungan umur 15-25 tahun sejajar dengan perlembagaan kelab ini,bagi membolehkan kelab ini bergerak dikalangan pelajar-pelajar sekolah mahupun pelajar di peringkat Institut Pengajian Tinggi.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk