HAMPIR 700 PESERTA SERTAI RAKAN MUDA X PUO FUN RUN
IPOH, 13 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Rakan Muda x PUO Fun Run bersempena Hari Sukan Negara bertempat di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Hampir 700 peserta telah menyertai program larian santai ini.
Majlis pelepasan peserta larian telah disempurnakan oleh YB Encik Khairudin Bin Hj. Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak. Turut hadir adalah Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak serta Encik Norman Bin Zamri, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ungku Omar mewakili Pengarah Politeknik Ungku Omar.
Cuaca yang baik pada pagi ini telah menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan program. Ucapan ribuan terima kasih kepada Politeknik Ungku Omar atas jemputan ini. Juga ucapan tahniah atas penganjuran program yang lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
#RakanMuda
#RakanAktif
#PoliteknikUngkuOma
#EHEYNS
#PerakSejahtera2030
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 176
