KLINIK JOMBOLA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024
KAMPAR, 6 Oktober 2024 - Klinik Jombola Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 melabuhkan tirai setelah 2 hari dijalankan bermula 5 Oktober bertempat di Kompleks Rakan Muda Kampar dan 6 Oktober di Sport @ Grand Kampar Complex.
Klinik yang dianjurkan Oleh Persatuan Jombola Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ini adalah untuk memberi pengenalan serta memperluaskan sukan Jombola kepada komuniti dan masyarakat setempat.
Seramai 30 orang peserta dari seluruh negeri Perak terlibat dalam klinik Jombola kebangsaan yang dikendalikan oleh barisan Jurulatih serta jawatankuasa Persatuan Jombola Malaysia, Dr Ong Tah Fatt, Mr Guan Leong Heng dan Mr Nyia See Thai.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada peserta disempurnakan oleh En Mohd Syaiful Fahmi Bin Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bertempat di Sport @ Grand Kampar Complex .
Terima Kasih diucapkan kepada Persatuan Jombola Malaysia di atas penganjuran Klinik Jombola Kebangsaan dan Tahniah kepada para peserta yang menyertai klinik Jombola Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024.
#PBSDKAMPAR
#TeamJBSNPK
#MalaysiaMadani
- JBS Perak
- Hits: 155
