KONTINJEN NEGERI PERAK TUTUP TIRAI PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024
⚡️⚡️Tahniah dan syabas buat semua pengurus, jurulatih dan atlet-atlet Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak atas kejayaan membawa negeri Perak berada di tangga ke-5 terbaik keseluruhan bagi Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024.
Berikut adalah pencapaian kontinjen Para SUKMA Negeri Perak 2024 ???:
1. Tempat ke-5 keseluruhan
2. Capai sasaran (Pingat Emas) : Boccia (Sasar 1 : Dapat 1)
3. Melebihi sasaran (Pingat Emas) : Catur (Sasar 5 : Dapat 8), Memanah (Sasar 1 : Dapat 4), Badminton (Sasar 1 : Dapat 3)
4. Pingat Emas Terbanyak : Nurul Farha Abdul Hamid (4 Emas)
??Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak, Majlis Sukan Negeri Perak, Strattcomm Perak, Land Custody & Development Authority Sarawak (LCDA), Pengurus Pasukan, Jurulatih, Urusetia dan Atlet-atlet Para SUKMA Perak. Kejayaan yang digapai oleh Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak ini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan, keringat serta semangat berpasukan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak.
BELANG TARUNG TIGA WARNA!⚪️?⚫️
#KejorYobKejor
#SilverToGold
#SegalanyaDemiNegeriPerak
#PerakSejahtera2030
#JBSNPerak
#STRATCOMMPerak
- JBS Perak
- Hits: 128
