- JBS Perak
- Hits: 122
PROGRAM PLOGGING KOMUNITI PERINGKAT DAERAH HULU PERAK 2024 SIRI 3 BERLANGSUNG DI DENAI KABUS
GERIK, 6 Oktober 2024 – Program Plogging Komuniti Peringkat Daerah Hulu Perak 2024 Siri 3 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Denai Kabus, Gerik. Cuaca yang redup, sejuk, dan berkabus menjadikan suasana pagi tersebut sangat selesa dan menyegarkan untuk para peserta. Plogging Komuniti adalah sebuah program yang berteraskan gaya hidup Rakan Muda iaitu Rakan Bumi.
Program yang bertujuan memupuk kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar ini disertai oleh seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman, Gerik. Aktiviti utama program ini adalah ‘Fun Walk’ di mana para peserta berjalan sambil mengutip sampah di sepanjang denai serta kawasan sekelilingnya.
Selain daripada memberi peluang kepada peserta untuk bersenam dan beriadah, program ini juga menekankan kepentingan memelihara alam sekitar. Dengan semangat kerjasama dan tanggungjawab, para pelajar bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam semula jadi tetapi juga memainkan peranan aktif dalam membersihkan kawasan tersebut.
Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid SMK Seri Budiman, Gerik yang terlibat dalam melancarkan program ini sekaligus menjayakannya dengan cemerlang. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak Denai Kabus yang membantu menyediakan tempat dan aktiviti.
#RakanBumi
#RakanMuda
#PBSDHuluPerak
#JBSNBersama
#JBSNPerak
#KBSMalaysia
#MalaysiaMADANI
- JBS Perak
- Hits: 122
