SATRIA, KING KONG DAN KATAK MENCERIAKAN WARGA WAD PEDIATRIK
IPOH, 20 OKTOBER 2024 – Telah berlangsung Program Santuni Budi Sukarelawan Anak Malaysia(SATRIA) Peringkat Negeri Perak. Pasukan SATRIA Kinta telah turun padang bersama dengan Pusat Kecergasan Jay Cycle bagi menyantuni pesakit dan semua Warga Wad Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Program ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan pihak pengurusan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Antara pengisian program adalah beraktiviti kecergasan bersama pesakit-pesakit, penjaga pesakait dan seluruh warga wad pediatrik. Turut mendapat perhatian dan menceriakan kanak-kanak adalah dengan hadirnya maskot ‘Mr. KingKong’dan Cik Katak’ sepanjang berada di wad. Sukarelawan SATRIA Kinta pula menyantuni warga wad dengan edaran kit cenderamata kepada kesemua pesakit.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Halifi bin Ab Hamid, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, dengan diiringi oleh Encik Mohammad Izwan bin Rojehan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta. Turut hadir sama Matron Nazrin binti Saidudin dan Matron Norizan binti Ahmad.
#JBSperak
#pbsdkinta
- JBS Perak
- Hits: 182
