IPOH, 28 Februari 2025 - Warga JBS Perak telah mengikut secara atas talian (online) Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi Februari 2025 . Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN ini turut telah diadakan secara hibrid dan disertai seluruh warga JBSN termasuklah di peringkat negeri dan daerah dari seluruh negara. Dalam amanatnya, KP JBSN telah menyentuh beberapa perkara termasuklah penekanan kepada kualiti kerja serta sinergi pelbagai pihak dalam pelaksanaan program belia, sukan dan Rakan Muda. #JBSPerak #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #perhimpunanbulanan
25 Februari 2025- Pihak Pengurusan Kolej Komuniti Negeri Perak telah menerima pelawaan JBS Perak bagi perkongsian maklumat penubuhan SRM IPT yang bertempat di Kolej Komuniti Chenderoh Kuala Kangsar. Seramai 19 orang pegawai dari seluruh kolej Komuniti telah hadir mewakili Kolej masing-masing. Perkongsian ini juga merupakan rentetan pelawaan YBhg Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Puan Azura binti Abidin semasa sesi lawatan rasmi beliau pada 23 Disember 2024 yang lalu di Kolej Komuniti Sungai Siput . Team Rakan Muda Perak telah hadir bagi menyantuni perkongsian maklumat ini. Pihak Pengurusan JBS Perak di bawah kepimpinan YBrs Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan sentiasa menyokong serta mengalu-alukan mana-mana IPT yang berminat dalam menubuhkan SRM ini. Dikesempatan ini juga, telah dimaklumkan mengenai program-program JBS Perak terutama Anugerah Perdana Belia Negara Negeri Perak. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga untuk pihak pengurusan Kolej Komuniti Chenderoh Perak sudi menjadi tuan rumah menyediakan ruang dan peluang merealisasikan perkongsian maklumat ini sekaligus menjemput wakil semua kolej komuniti dalam Negeri Perak. Diharapkan dengan penubuhan SRM di Kolej Komuniti kelak akan merancakkan pemerkasaan 10 gaya hidup Rakan Muda. Team Rakan muda juga di bawa melawat kemudahan dan jurusan-jurusan yang dipelopori di Kolej Komuniti Chenderoh Perak. WE ARE WAITING FOR YOUR SUDMISSION FORM GUYS!!. CAN'T WAIT!! #JBSNKomited #MalaysiaMadani #jbsperak #kolejkomuniti #KKC
KAMUNTING, 27 Februari 2025 – Telah berlangsung satu mesyuarat penyelarasan Bil. 3 bagi menyelaraskan skop kerja-kerja menaik taraf Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Perak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Jurutera Kanan, JKR Malaysia; Puan Ramlah Ahmad dan dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Pembangunan KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Pejabat Belia dan Sukan Larut Matang, JKR Larut Matang dan Selama serta Cawangan-Cawangan JKR Malaysia. Mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ialah Penolong Pengarah Kanan (Sukan); Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh. #JBSPerak #JBSNKomited #pbsdlarutmatang #MalaysiaMadani #pembangunan
26 Februari 2025, Ipoh - Unit Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengadakan pertemuan dengan Peminjam- peminjam dan penjamin-penjamin Skim Tabung Ekonomi Belia (TKWAPEB) daerah Kampar bertempat di Bilik Diskusi, Bahagian Khidmat Pelanggan pada jam 9.30 pagi Perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli, Timbalan Pengarah (Belia) , dan turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampar, manakala dari Unit Pembangunan Ekonomi oleh Hajah Wan Ruhimah binti Abd Ghani dan Encik Safwan Hazim bin Shuhami. Tujuan perjumpaan dan perbincangan ini adalah untuk mendapatkan solusi terbaik antara Peminjam, Penjamin dan juga pihak jabatan ini dalam usaha untuk penyelesaian bagi isu tertunggak yang sudah melebihi 32 tahun yang lalu. Hasil perbincangan yang dapat dicapai antara ketiga-tiga (win-win situation) berkaitan dalam usaha samada untuk dilayakan bagi proses Hapus Kira atau Peminjam bersetuju untuk meneruskan bayaran dengan diangkat kepada pihak Kementerian dan akan dimaklumkan perkembangannya dari masa ke semasa. Pada jam 11.30 pagi pula, perbincangan diakhiri dengan lawatan ke premis Peminjam di sekitar RTC, Gopeng dan Jeram, Kampar. #JBSNPerak #JBSNkomited #BeliaPerak
25 Februari 2025- Telah berlangsung Mesyuarat Pelaksanaan Anugerah Perdana Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Perak. Antara intipati mesyuarat ini adalah sesi perkongsian pelaksanaan APBN tahun ini bagi memberi penerangan berkaitan penganjuran kali ini. Mesyuarat yang diadakan secara atas talian dipengerusikan oleh Puan Nor Azah bt Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak selaku Pengerusi Anugerah Negeri. Turut hadir Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Saudara Kishore Kumar Ayyawoo yang mewakili Presiden Majlis Belia Negeri, wakil-wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan pegawai Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Perak. #JBSNPerak #JBSNkomited #APBN2025 #BeliaPerak
TAIPING, 25 Februari 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Larut Matang menerima kunjungan Atlet PARA Olahraga yang telah menjalani latihan di KRM Larut Matang untuk beberapa tempoh waktu sebagai persediaan ke Kejohanan Sirkit 1 Para Olahraga Kebangsaan 2025 yang berlangsung pada 25 - 28 Februari di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak sentiasa memberi sokongan penuh dan mendoakan agar kejayaan mengiringi atlet PARA Negeri Perak keseluruhannya. #JBSPerak #JBSNKomited #pbsdlarutmatang #MalaysiaMadani #BelangTarungTigaWarna
16 Februari 2025, Ipoh – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak dengan kerjasama Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Negeri Perak telah melaksanakan Klinik Asas Permainan Galah Panjang Peringkat Negeri Perak bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak dengan penuh jayanya. Seramai 50 orang peserta yang majoritinya belia berumur 15 tahun hingga 40 tahun telah menyertai program ini. Program yang julung kalinya dianjurkan di peringkat negeri Perak telah menarik minat penyertaan dari UNIKL Mimet, UNIKL RMCP, ILKMSAS, IKBN Seri Iskandar, ahli Pertubuhan Belia dan Atlet MSN Perak. Peserta didedahkan pengetahuan secara teori dan praktikal berkaitan teknikal, peraturan dan undang-undang berkaitan permainan galah panjang terutamanya berkaitan pengadilan dan penganjuran pertandingan galah panjang. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Rusdi bin Nawi dari Persatuan Kebudayaan Negeri Perak dan Puan Hajah Wan Ruhimah binti Abd Ghani dari JBS Negeri Perak. Pada sesi petang, peserta diberi peluang untuk membentuk pasukan seramai 6 orang setiap pasukan bagi Pertandingan Mini yang diadakan antara peserta. Majlis penyampaian sijil penyertaan, sijil penghargaan dan hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh Cik Susieleen Suki, Ketua PLPK HRD Corp Negeri Perak. #malaysiamadani #peraksejahtera2030 #jbsnkomited #hrdcorpperak #jbsnperak #galahpanjang #rakanmuda #beliaperak
KUALA KANGSAR, 15 Februari 2025 - Pengarah JBS Perak; Puan Nor Azah Ahmad Dahalan telah berkesempatan untuk hadir memenuhi jemputan mewakili KP JBSN bagi merasmikan Kejohanan Petanque Remaja Negeri Perak 2025 anjuran Majlis Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Petanque Negeri Perak yang diadakan bermula 15 hingga 16 Februari 2025 bertempat di Arena Petanque Kuala Kangsar, Perak. Seramai hampir 130 penyertaan peserta berusia 13 hingga 20 tahun dari seluruh Negeri Perak yang mewakili Daerah masing-masing telah mengambil bahagian dalam kejohanan pada kali ini. Kejohanan ini juga diadakan bagi membolehkan pihak persatuan untuk menilai dan medan memilih bakat baharu yang berpotensi untuk digilap bagi mewakili Negeri Perak ke Temasya SUKMA yang akan datang. Turut hadir mengiringi, Penolong Pengarah Kanan (Sukan); Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh; Encik Kamaruddin Abdul Hamid; PBSD Kuala Kangsar, Wakil Presiden Persatuan Petanque Negeri Perak; Tuan Hj Mohamad Noor Hj Hassan; dan Wakil Majlis Sukan Negeri Perak; Encik Mohd Sharil Baharuddin. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan kejohanan ini dan terima kasih atas jemputan perasmian kepada pihak JBSN. Selamat maju jaya. Ayuh Demi Perak Belang Tarung Tiga Warna!! Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Sukan Negeri Perak #JBSPerak #JBSNKomited #MalaysiaMadani #BelangTarungTigaWarna #petanque
JBS PERAK PERKUKUH UKHWAH ANTARA AGENSI MELALUI SUKAN FUTSAL & PICKLEBALL IPOH, 17 Januari 2026 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak telah menganjurkan Program Penggalakkan Sukan Untuk Semua bersama Agensi Jemputan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Program ini menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai agensi rakan strategik yang telah bekerjasama rapat dengan JBS Perak sepanjang tahun 2025. Aktiviti yang menampilkan pertandingan futsal dan pickleball ini menjadi platform interaksi santai bagi memupuk semangat kesukanan dan kebersamaan dalam kalangan peserta. Penganjuran program ini bertujuan untuk menghargai sokongan serta komitmen agensi-agensi jemputan terhadap pelaksanaan program pembangunan sukan negeri, di samping merapatkan hubungan silaturrahim antara kakitangan JBS Perak dan agensi pelaksana. Penglibatan aktif semua agensi dalam aktiviti sukan santai seperti ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama, meningkatkan komunikasi dua hala dan menyemai budaya kerja berpasukan yang positif. Program ini juga bertepatan dengan matlamat Kementerian Belia dan Sukan untuk memperluas penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan massa, selaras dengan aspirasi “Sukan Untuk Semua” yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat dan aktif. Dengan semangat kesukanan yang tinggi serta sambutan menggalakkan daripada semua pihak, JBS Perak berhasrat untuk meneruskan penganjuran aktiviti sebegini pada masa akan datang sebagai usaha berterusan memperkukuh kerjasama dan perpaduan antara agensi di Negeri Perak. JBSNegara @topfans Petronas Station UTP Colour Pictures #JBSPerak #JBSNKomited #SukanUntukSemua