KEJOHANAN PETANQUE REMAJA NEGERI PERAK 2025

KUALA KANGSAR, 15 Februari 2025 - Pengarah JBS Perak; Puan Nor Azah Ahmad Dahalan telah berkesempatan untuk hadir memenuhi jemputan mewakili KP JBSN bagi merasmikan Kejohanan Petanque Remaja Negeri Perak 2025 anjuran Majlis Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Petanque Negeri Perak yang diadakan bermula 15 hingga 16 Februari 2025 bertempat di Arena Petanque Kuala Kangsar, Perak.
Seramai hampir 130 penyertaan peserta berusia 13 hingga 20 tahun dari seluruh Negeri Perak yang mewakili Daerah masing-masing telah mengambil bahagian dalam kejohanan pada kali ini. Kejohanan ini juga diadakan bagi membolehkan pihak persatuan untuk menilai dan medan memilih bakat baharu yang berpotensi untuk digilap bagi mewakili Negeri Perak ke Temasya SUKMA yang akan datang.
Turut hadir mengiringi, Penolong Pengarah Kanan (Sukan); Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh; Encik Kamaruddin Abdul Hamid; PBSD Kuala Kangsar, Wakil Presiden Persatuan Petanque Negeri Perak; Tuan Hj Mohamad Noor Hj Hassan; dan Wakil Majlis Sukan Negeri Perak; Encik Mohd Sharil Baharuddin.
Tahniah kepada semua yang telah menjayakan kejohanan ini dan terima kasih atas jemputan perasmian kepada pihak JBSN. Selamat maju jaya. Ayuh Demi Perak Belang Tarung Tiga Warna!!
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Majlis Sukan Negeri Perak
#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#BelangTarungTigaWarna
#petanque

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search