IPOH, 28 Februari 2025 - Warga JBS Perak telah mengikut secara atas talian (online) Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bagi Februari 2025 .
Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN ini turut telah diadakan secara hibrid dan disertai seluruh warga JBSN termasuklah di peringkat negeri dan daerah dari seluruh negara.
Dalam amanatnya, KP JBSN telah menyentuh beberapa perkara termasuklah penekanan kepada kualiti kerja serta sinergi pelbagai pihak dalam pelaksanaan program belia, sukan dan Rakan Muda.
#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#perhimpunanbulanan