KLINIK ASAS PERMAINAN GALAH PANJANG PERINGKAT NEGERI PERAK

16 Februari 2025, Ipoh – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak dengan kerjasama Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Negeri Perak telah melaksanakan Klinik Asas Permainan Galah Panjang Peringkat Negeri Perak bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak dengan penuh jayanya.
Seramai 50 orang peserta yang majoritinya belia berumur 15 tahun hingga 40 tahun telah menyertai program ini. Program yang julung kalinya dianjurkan di peringkat negeri Perak telah menarik minat penyertaan dari UNIKL Mimet, UNIKL RMCP, ILKMSAS, IKBN Seri Iskandar, ahli Pertubuhan Belia dan Atlet MSN Perak.
Peserta didedahkan pengetahuan secara teori dan praktikal berkaitan teknikal, peraturan dan undang-undang berkaitan permainan galah panjang terutamanya berkaitan pengadilan dan penganjuran pertandingan galah panjang. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Rusdi bin Nawi dari Persatuan Kebudayaan Negeri Perak dan Puan Hajah Wan Ruhimah binti Abd Ghani dari JBS Negeri Perak.
Pada sesi petang, peserta diberi peluang untuk membentuk pasukan seramai 6 orang setiap pasukan bagi Pertandingan Mini yang diadakan antara peserta. Majlis penyampaian sijil penyertaan, sijil penghargaan dan hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh Cik Susieleen Suki, Ketua PLPK HRD Corp Negeri Perak.
#malaysiamadani
#peraksejahtera2030
#jbsnkomited
#hrdcorpperak
#jbsnperak
#galahpanjang
#rakanmuda
#beliaperak

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-10-2025, 10:19:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search