- JBS Perak
- Hits: 154
KUNJUNG HORMAT KE NEGERI JOHOR BERSAMA DEWAN MUDA JOHOR [DMJ] & DEWAN BELIA PERAK [DBP] @ INSTITUT DATO' ONN
JOHOR BAHRU , 22 November 2024 - Satu sesi lawatan Delegasi Dewan Belia Negeri Perak telah diadakan bertempat di Institut Dato Onn bersama Dewan Muda Negeri Johor anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) ini.
Hari ini, Dewan Muda Johor & Institut Dato' Onn (IDO) telah menerima kehadiran delegasi perwakilan Dewan Belia Perak Sesi 2023/2024 seramai 58 orang.
Ini merupakan program yang julung kalinya diadakan oleh kedua-dua platform, DMJ & DBP bagi bertukar-tukar pandangan, idea dan pengalaman bagi tujuan meningkatkan lagi kualiti kedua-dua organisasi ini.
Sesi kunjungan hormat ini dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah Operasi IDO, Encik Ardy dan seterusnya taklimat berkenaan program-program IDO oleh Encik Yusof.
Sesi taklimat DMJ telah disampaikan oleh Encik Solehin, Koordinator DMJ & taklimat DBP disampaikan oleh Encik Amirul, Sekretariat DBP.
Pada sesi petang, sesi engagement diteruskan dengan perbincangan santai antara wakil-wakil DMJ & wakil-wakil DBP.
Sesi kunjungan hormat ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Encik Farid Firuz, Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru. Selain itu, kunjungan ini juga memberi peluang bagi pertukaran pendapat serta perbincangan berkenaan hal-hal berkaitan belia dan isu semasa.
Semoga kerjasama antara DMJ & DBP ini akan berterusan dan memberi manfaat kepada semua pihak.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah PASAK Encik Aldrian Ng, Encik Muhammad Amirul Ardy Bin A. Rahim Timbalan Pengarah Operasi Institut Dato’ Onn , Encik Ahmad Solehin Abd Ghani Koordinator Dewan Muda Johor, Encik Mohd Adri Adha Bin Mohamad
Timbalan Speaker 1 Dewan Belia Negeri Perak, Ahli Dewan Belia Negeri Perak dan juga Ahli Dewan Muda Negeri Johor.
Maju Johor x Perak Sejahtera!
- JBS Perak
- Hits: 154
