TRSC PERAK TERIMA ANUGERAH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN PEMBANGUNAN PERMOTORAN (KBS MOTORSPORTS DEVELOPMENT AWARD

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2025- Persatuan Motorsports Malaysia (MAM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan MAM AWARDS NIGHT bertempat di M Hotel,Kuala Lumpur.
Kelab Sukan dan Rekreasi Trolak telah terpilih sebagai penerima Anugerah Kementerian Belia dan Sukan Pembangunan Permotoran yang merupakan anugerah khas dari Kementerian Belia dan Sukan.
Penilaian Anugerah KBS Pembangunan Permotoran berdasarkan seperti berikut :
1. Laporan MYKB tahunan diterima dan lengkap
2. Menjalankan aktiviti sukan motocross diperingkat kelab, kebangsaan dan antarabangsa
3. Menjalankan aktiviti selain daripada sukan motocross
Kelab Sukan Rekreasi Trolak telah lulus didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Kementerian Belia Dan Sukan pada 3 Mac 2021. Nama tersebut dipilih kerana presiden kelab merupakan anak generasi Felda Trolak Utara.
Pada tahun 2022, buat pertama kali Kelab Sukan Rekreasi Trolak telah menjadi Ahli Gabungan bagi Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) menjadikan kelab yang pertama selain kelab sukan permotoran menjadi ahli gabungan MAM.
Anugerah yang diberikan merupakan penghargaan kepada kelab dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan aktiviti dan acara yang melibatkan sukan pembangunan sama ada di dalam acara permotoran ataupun selain daripada permotoran.
Tahniah diucapkan kepada KELAB SUKAN DAN REKREASI TROLAK!!!
#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSDMuallim
#TRSC

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-10-2025, 10:15:32

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search