MAJLIS PELANCARAN DEWAN BELIA NEGERI PERAK

MAJLIS PELANCARAN DEWAN BELIA NEGERI PERAK

27 Mac 2025- Ybrs Puan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak  telah menghadiri Majlis Pelancaran Dewan Belia Negeri Perak bagi Sesi Ke-5 (2025/2026) yang disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad. DUN Belia merupakan inisiatif kerajaan negeri sebagai platform anak-anak muda negeri mengetengahkan cara baru dalam melihat isu, mempamerkan keterbukaan dalam membahaskan isu-isu berkaitan rakyat dan negeri, serta melontarkan cadangan atau idea-idea secara terbuka dan bebas. Pemilihan perwakilan Dewan Belia terbuka kepada belia warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun, sama ada penduduk asal Perak atau bermastautin di negeri ini sekurang-kurangnya 5 tahun, belum pernah menyertai Dewan Belia sebelum ini, fasih berbahasa Melayu serta mampu berkomunikasi dengan baik, selain tidak mempunyai rekod jenayah dan bukan muflis.
Pendaftaran pencalonan dibuka mulai 26 Mac sehingga 25 April 2025 menerusi laman sesawang rasmi eheyns.com.my. Dewan Belia dijadualkan bersidang pada Julai tahun ini.

#MalaysiaMadani
#JBSNKomited
#jbsperak

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search