SESI PERBINCANGAN JBSN PERAK BERSAMA IMPACT INTEGRATED BERKAITAN ESPORTS JELAJAH MASJID NEGERI PERAK

PUCHONG, 20 Mac 2025 - JBSN Perak telah mengambil langkah awal dengan mengaturkan pertemuan dan mengadakan sesi perbincangan dua hala bersama pihak Impact Integrated yang diadakan bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong.
Untuk makluman, sesi perbincangan kali ini lebih tertumpu kepada cadangan jalinan kerjasama diantara kedua-dua agensi untuk mendapatkan idea baharu serta pandangan pengisian aktiviti berimpak dan bermanfaat kepada golongan sasar yang boleh diketengahkan bagi meningkatkan nilai tambah di dalam program eSports yang akan dilaksanakan oleh JBSN Perak di dalam pelaksanaan Program Jelajah Masjid di seluruh Negeri Perak bagi tahun 2025 sesuai dengan menjunjung titah Tuanku Sultan Perak.
Delegasi JBSN Perak yang diketuai oleh Pengarah JBSN Perak, Puan Nor Azah Ahmad Dahalan telah disambut dan ditaklimatkan oleh Timbalan Presiden, Bahagian Hal Ehwal Korporat, Impact Integrated Encik Muhammad Khairul Amir Bin Fadzalih.
Delegasi kunjungan ini juga turut dibawa melawat sekitar lokasi Esports Integrated yang menempatkan pelbagai ruang serbaguna bagi aktiviti penggalakkan perkembangan aktiviti sukan elektronik yang boleh dimanfaatkan oleh belia dan komuniti setempat.
#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#impactintegrated
#EsportsIntegrated
#jelajahmasjidperak2025

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search