- JBS Perak
- Hits: 158
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI PERAK BIL.1/2025
- JBS Perak
- Hits: 158
IPOH, 21 APRIL 2025- Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Belia Negara 2025 telah dipengerusikan oleh YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan di Bilik Mesyuarat, Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Mesyuarat yang diadakan bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Karnival Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak. Sambutan pada kali ini akan dipenuhi dengan beberapa segmen/Port yang boleh menarik minat golongan muda. Mesyuarat dihadiri oleh agensi-agensi kerajaan Negeri Perak serta NGO Belia, yang akan bekerjasama dalam menjayakan Sambutan HBN pada tahun ini. Turut hadir, Puan Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Pengarah JBSN Perak.
#PerakSejahtera2030
#malaysiamadani
#hbn2025
#haribelianegara2025
#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani