- JBS Perak
- Hits: 103
MESYUARAT PENYELARASAN AWAL 3RD JUNIOR SPECIAL OLIMPICS DEVELOPMENT COMPETITION (JSDC) DAN 2ND JUNIOR DEVELOPMENT SPORTS COMPETITION (JDSC)
- JBS Perak
- Hits: 103
IPOH, 28 Februari 2025 - Mesyuarat pertama penyelarasan program 3rd JSDC dan 2nd JDSC yang dijangkakan akan diadakan pada bulan Julai dan Oktober 2025 yang akan datang telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBS Perak dan telah dipengerusikan oleh Pengarah JBS Perak; Puan Nor Azah Ahmad Dahalan.
Taklimat penganjuran program kepada semua ahli mesyuarat telah disampaikan oleh Pengurus Go Sports Ventures dan Pengerusi Persatuan Penggerak; Encik Shanker Retinam. Turut hadir wakil-wakil rakan strategik dan sinergi penganjuran pada kali ini iaitu PDRM, MSN Perak, JPN Perak, JKR Perak, JKM Perak, SOM, SOM Perak dan wakil persatuan-persatuan sukan yang terlibat.
Untuk makluman, JBS Perak hanya membantu sebagai pemudahcara bagi pihak penganjur kepada rakan agensi diperingkat negeri dan persekutuan yang dilibatkan.
#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani