KUNJUNGAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK KE PENGARAH LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN NEGERI PERAK DAN PERBINCANGAN BERKAITAN PEMBANGUNAN BELIA NEGERI PERAK TAHUN 2025

Gopeng, 8 April 2025 - Sekitar kunjungan hormat oleh Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang diketuai oleh Encik. Khairul Adri Bin. Dato’ Rosli, Timbalan Pengarah (Belia) JBS Perak. Hadir sama Puan Hjh. Wan Ruhimah binti Abd Ghani dan Encik. Safwan Hazim b. Shuhami dari Bahagian Pembangunan Belia JBS Perak. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Pn Azleena Binti Zainal Abidin, Pengarah FAMA Negeri Perak.
Sesi perbincangan ini berlangsung bagi mendapat bersama dalam membangunkan potensi anak muda terutama bagi pembangunan belia dalam menerapkan kolaborasi strategik untuk pembangunan kemahiran. Selain itu, hasil dari perbincangan ini terjalin persetujuan bersama untuk penjayaan Program Hari Belia Negeri dan beberapa program lain.
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam membincangkan kolaborasi strategik antara FAMA Perak dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bagi mewujudkan belia yang proaktif dalam bidang pertanian serta memperkukuhkan hubungan kedua-dua jabatan.
#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search