SEREMBAN, 13 NOVEMBER 2024 - Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak turut hadir ke Program Simposium dan Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia yang telah diadakan pada 12-13 Oktober 2024 di Palm Hotel, Seremban.
Simposium dan Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia ini merupakan medan percambahan fikiran secara ilmiah dan akademik dalam menggarap idea mengenai hala tuju kerja belia yang profesional disamping memberikan pengikrafan kepada pengamal kerja belia.
Seramai 4 pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia: Profesionalisme Kerja Belia Tahap 3 iaitu Puan Nor Azah binti Ahmad Dahalan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak; Encik Azlan bin Hussain, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung; Puan Syahirah binti Kunji Mohammed, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Larut Matang dan Puan Suriati binti Mat Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama.
Profesionalisme Kerja Belia telah bermula pada tahun 2022 dan sehingga kini seramai 103 pekerja belia telah berjaya diakreditasi melalui Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap pencapaian dan manakala 285 calon baharu masih
dalam proses penilaian.
- JBS Perak
- Hits: 86