PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK BIL. 1/2026

PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK BIL. 1/2026

IPOH, 14 Januari 2026 - Perhimpunan Bulanan merupakan salah satu platform untuk menghimpunkan seluruh warga kerja JBSN Perak dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah pada setiap bulan. Tujuan diadakan perhimpunan bulanan adalah untuk mendengar ucapan, pemakluman dan informasi daripada pihak pengurusan tertinggi berhubung hasrat dan harapan jabatan ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Melalui perhimpunan bulanan ini, Timbalan Pengarah JBSN Perak, En. Hafeez Bin Hussen telah menyampaikan hasrat dan amanat kepada seluruh warga kerja JBSN Perak. Melalui ucapan yang disampaikan, beliau amat menekankan agar semua warga kerja menekankan soal pengurusan tatacara kewangan dan pematuhan integriti yang berterusan. Antara pengisian lain majlis ini adalah penyampaian Sijil kepada Pegawai yang Menerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan dari bulan Julai, September dan Oktober 2025, sumbangan kepada pegawai yang menerima musibah serta sambutan hari lahir kakitangan yang lahir pada bulan Julai, Ogos , September, Oktober, November dan Disember 2025
#TeamJBSPerak
#JBSNegara
#MalaysiaMADANI

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search