- JBS Perak
- Hits: 134
KURSUS PEMIMPIN DAN PEMANTAPAN BADAN OPERASI ANUGERAH REMAJA PERDANA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI PERAK.
- JBS Perak
- Hits: 134
30 April 2025- Pada hari kedua peserta telah didedahkan dengan aspek teknikal dan aplikasi sistem yang perlu di titikberatkan bagi mana-mana Badan Operasi. Peserta juga diberi penerangan mengenai format pelaporan yang betul serta isu-isu yang terkait dengan pentaulihan ARP. Selain dari itu, bagi memastikan kesahan dan pemahaman peserta perlu menjalani ujian secara atas talian dengan wajaran 60% markah lulus disertai sijil yang berkenaan.
Ybrs Puan Pengarah juga telah sudi melapangkan masa hadir merasmikan majlis penutup. Dalam ucapan beliau menyentuh mengenai keupayaan dan tindakan anak muda adalah perkara yang paling utama dalam menentukan kecekalan mereka menyelesaikan pentauliahan gangsa, perak dan emas manakala pemimpin menjalankan peranan sebagai pembimbing bagi memastikan kejayaan sesuatu projek.
#ARPRM
#Rakanmuda
#malaysiamadani
#jbsperak
#JBSNKOMITED