- JBS Perak
- Hits: 2
SUKAN SATUKAN AGENSI: PROGRAM PENGGALAKKAN SUKAN UNTUK SEMUA WARNAI AMPANG SUPERBOWL
- JBS Perak
- Hits: 2
SUKAN SATUKAN AGENSI: PROGRAM PENGGALAKKAN SUKAN UNTUK SEMUA WARNAI AMPANG SUPERBOWL
IPOH, 16 Januari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak melalui Bahagian Pembangunan Sukan telah menganjurkan Program Penggalakkan Sukan Untuk Semua bersama Agensi Jemputan bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade.
Program yang berkonsepkan sukan santai ini disertai oleh pelbagai agensi jemputan yang telah bekerjasama rapat dengan JBS Perak sepanjang tahun 2025. Aktiviti sukan boling dipilih sebagai medium interaksi bagi merapatkan silaturrahim antara kakitangan dan agensi rakan strategik, di samping menjadi tanda penghargaan terhadap sokongan berterusan mereka dalam menjayakan pelbagai program pembangunan sukan di negeri ini.
Penganjuran program ini turut selari dengan objektif utama JBS Perak untuk menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti gaya hidup sihat melalui pendekatan mesra komuniti dan kerjasama pelbagai pihak.
Melalui semangat kesukanan yang ditonjolkan sepanjang program, semua peserta berpeluang berinteraksi secara santai dalam suasana penuh ceria dan harmoni. Inisiatif sebegini diyakini dapat memperkukuh hubungan kerja antara agensi kerajaan serta memperluas jaringan kerjasama strategik dalam pelaksanaan agenda pembangunan sukan negeri.
Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai wadah mengeratkan ukhuwah dan menghidupkan budaya sukan untuk semua dalam kalangan warga kerja dan agensi pelaksana di Negeri Perak.
#JBSPerak
#JBSNKomited
#SukanUntukSemua
